Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Monday 27 June 2011

Aku x sepatutnya......

Aikkk..lama juga hatiku x berbisik..ntah da berapa hari aku x usik ruangan ni..ermmmm..tergerak pula nak update hari ni..ada sesuatu nk dikongsikan bersama dgn pembaca..aku menulis ikut gerak hatiku..aku tidak berpandukan kepada apa yg telah ku susun, tapi apa yg ku tulis adalah apa yg kufikirkan pada masa ini..hehe..pelik gak kn kn kn..
sbenarnya, aku telah mengalami pengalaman yang apabila dilalui, menyedihkan, dan bila aku telah melaluinya, aku rasakan OKAY je..aku xnk la mention namanya kt sini, sebab aku sedikitpun x berdendam atau sakit hati dgn dia..malah aku berterima kasih kepada dia kerana sudi memberi pengajaran kepadaku..kerana apa yang dia bawa aku untuk lalui adalah satu pelajaran yang akan mendewasakan dan mematangkan aku..aku 'take positive' benda ni..so, lebih baik aku ceritakannya secara umum sebab aku pasti ramai yang melaluinya dan penerimaan kita berbeza-beza,,aku pun sekadar memberitahu apa yang kurasakan dan apa pendekatan yang ku ambil untuk mengatasi perasaan sebegini..
seringkali kita jatuh cinta, bercinta, dan akhirnya putus cinta..aku dulu pun macam tu jugak..bila time mengorat, sampai rasa macam nk putus urat tengkuk..bersemuka dgn yg dingorat pun 'bisa' meremang bulu roma..haha..itu la bahana jatuh cinta..perasaan sentiasa mencuba memenangi hatinya x pernah kenal erti jemu..x nmpak dia, nmpk ayah dia pun jadi laaa....x nmpak siapa2, nmpk rumah dia pun OK laaaa..haha..alahai, berbunga2 hati walaupun muka nampak 'legend'...berkobar2 semangat untuk menawan hati sidia..bangun tido, tido balik, muka dia je yang terbayang di mata..
THEN, bila da berjaya memilikinya, bercinta la kiranya..seboleh2nya xnk sedikitpun perbuatan kita yg boleh mengguriskan perasaan sidia..segalanya Untuknya..hahaha..keinginan sidia seboleh2nya dipenuhi tanpa rasa "berkira"..ucapan diatur dan kelakuan kdgkala "jadi org lain"..alangkah gembiranya rasa hati ketika itu..maka, mulalah JANJI2 ditaburkan pada saat2 seperti ini..harapan demi harapan diberi dan segalanya yang diungkapkan bagaikan diaturkan sendiri jalan ceritanya demi menuju apa yang diimpikan..hehe..bukan setakat kepada sidia sahaja komitmen diberi, pada mak bapak & saudara mara pun nk mempromosikan diri..jadi, harapan demi harapan, janji demi janji, impian demi impian ditaburkan bagaikan pasir di pesisiran pantai..
1 benda je yg x dpelajari PADA SAAT SEPERTI INI...Belajar menerima apa yang berkemungkinan berlaku..bila masing2 dah bahagia, segala kemungkinan yg x baik diletak di tepi..segala bencana diasingkan daripada episod cinta agar perjalanan cinta tidak terganggu....KONONNYA..tiada lagi perkataan "KALAU" ketika ini...example: "kalu kita berpisah nanti, mcm mana erkkk???"..sorry, semuanya ditenggelamkan oleh perasaan "confident like HELL" untuk tidak melaui benda2 yg tidak baik itu..semuanya di"TIDAK"kn..perghhhhhh..
Episod seterusnya, BILA CINTA ITU TERHENTI DI TENGAH JALAN!!!!! mula la rasa dianiaya, dizalimi dan sebagainya..itu la pasal, dulu masa berjanji sakan x pernah Ceghita pun apa nk buat bila da putus cinta..orang suruh buat raptai perpisahan .....DEGIL..hambikkk..segalanya jadi haru-biru..mandi x basah, makan pun x lalu..semua yg dilakukan serba x menjadi..pendek kata, semuanya x jadi..
PENGAJARAN DARIPADA PERJALANAN YANG TELAH SAYA DAN MUNGKIN ANDA LALUI NI......orait, senang je aku didik diriku..(1) kenapa aku perlu merayu sedangkan aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (2) kenapa aku berkeras juga utk dia kembali pdku sebab aku da sedia maklum bahawa aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (3) kenapa aku perlu jadi miliknya sedangkan bila dia da x suka kt aku maksudnya aku ni, X SPECIAL MANA PUN..so what for???AKU X DAPAT BERI JAMINAN BAHAWA AKU ADALAH YANG TERBAIK BAGINYA..KALAU YE PUNNNN DIA JADI MILIKKU, TIDAKKAH AKU TAKUT AKAN TERUNGKIT KISAH "RAYU MERAYU" AKU, BILA AKU X KURENGGGG SUATU HARI NANTI..x perlu sebenarnya..aku tahu apa yang ku miliki..lagipun, berumahtangga ni bukannya sehari dua..kang main hambekkkk je, last2 diri sendiri terasa tidak mampu yg terbaik, aaaaaa, mula la mengungkit2..
biarlah kita menerima dan diterima atas dasar perasaan..kalau next time aku jadi apa pun, dia pun masih berada disisiku..itu yang kita inginkan..Tucker cuma nk ingatkan diri sendiri sahaja..ayah Tucker pernah berpesan, pilihlah yang mana menyayangimu sepenuh hati dan menerimamu seadanya..jangan ingat nakkkkk je..biar sidia itu ikhlas menerimamu dan keadaanmu dari semua aspek..nescaya suatu hari nanti, tiada lagi dakwa-dakwi dan tiada lagi ungkit mengungkit di antara satu sama lain..
semasa bercinta, ceritakanlah segala kekurangan yang dirasakan ada pada diri sendiri dan terimalah pandangan sidia terhadap apa yang dimaklumkan..ceritakanlah apa yang mungkin bakal berlaku secara fizikal mahupun psikologi bila tindakan untuk bersama diambil senekad2nya..jangan BUTA kerana mencintai seseorang..semuanya dicampak ketepi..padahal, dalam sedar x sedar, penerimaannya adalah berdasarkan tujuan yang lebih dari 1..harta berjuta kalau hati BUSUK macam tong sampah pun tak guna..SEBAIK2NYA PASANGAN HIDUP ADALAH YANG SANGGUP MENERIMA KITA DAN KEADAAN KITA, SERTA SENTIASA MENYOKONG KITA WALAU DI MANAPUN KEDUDUKAN KITA..PERGHHHH, NESCAYA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..JANGAN KAWEN DENGAN TUJUAN LAIN..KAHWINLAH KERANA NIAT UNTUK MENAMBAHKAN UMAT DI MUKA BUMI, DAN NIAT DALAM HATI JANGANLAH MELENCONG TERHADAP BENDA LAIN..
ermmm...panjang jugak kn..lama da x ber'bLog' mcm ni la jadinya..maaf sekiranya terlepas cakap..tak de delete delete daa..main taip je ni..yang baik itu daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri..selamat MENDIDIK HATI..terima kehilangannya dan penjualan mahalnya kerana AKU X SPECIAL MANAPUN............hahahahaha..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment