Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Thursday 11 August 2011

TERKILAN..

Assalamualaikum..panas pulak ari ni..ke, aku yg panas hati lg ni..ape2 pun, SABAR je la..kita x akan lari daripada memerlukan KESABARAN..pendek kata, jadikanlah SABAR itu sebagai teman hidup kita..jadikanklah SABAR itu 'awek' or 'balak' kita yg sentiasa ada utk kita..terus terang aku cakap, aku betul terkilan dgn 'statement' yg dikeluarkan oleh seorang hamba Allah di wall FB aku..aku langsung xtau apa motif org tu ckp mcm tu kt aku sedangkan aku x hutang apa2pun dgn dia..sesuka hati nenek moyang dia je ckp mcm2 kt aku..nk kata aku ni baik, x juga..jahat, ntah la, pandai2 la org sekeliling aku menilai aku..tp, tolong la..jgn sewenang2nya dan dgn bangganya menjatuhkan maruah org lain demi kepuasan 'kepala lutut' sendiri..jgn la mencuba sedaya upaya dan istikomahnya menyakitkan perasaan org lain dgn tujuan yg diilhamkan oleh nafsu syaitan diri sendiri..bnyk cara utk menasihati atau menyedarkan kawan2, tp bukan dengan cara mencarut x pakai 'kompas' lgsung sampai menyakitkan hati org yg ingin dinasihati atau ditegur..x salah menegur kawan2, tapi perlu kena pada cara dan tempatnya..aku x rasa cara 'hamba Allah' ni sesuai sb dgn terang2 mem'paloi'kan aku buat tatapan penduduk di bumi ini..salah ke dia me'mesej'kan semua 'kutukan' itu dlm inbok aku???salahkah dia meng'offer' aku utk bersemuka dgnnya???aku lebih rela dipanggil mengadap dan kutuklah aku dpn2..nk terajang aku pun aku x kesah, aku sanggup setting kepala aku atas padang bola utk ko sepak..xperlu merapu-rapa dalam wall kawan2 semata2 nk menyuarakan pendapat yang bakal menjatuhkan maruah kawan2..
kalau rasa diri tu baik sgt, declare la siap2 kt jabatan pendaftaran negara..biar 1 Malaysia tau yg kita ni 'sempurna' orgnya..aku tulis blog mcm ni pun, bukannya aku menuntut utk dikatakan sebagai 'gudboi', tapi aku cuma nk curahkan idea aku yang mungkin boleh dikongsi bersama..tapi mungkin dlm IC dia da tercatat kesempurnaannya yg x dpt dpertikaikan lagi, maka terbitlah perasaan dan kecenderungan menjatuhkan maruah kwn2 secara sesuka-suki....ape lah bangangnye menulis yg bukan2..aieeee, aku x paham la..OK la kawan..semua ni sekadar luahan..mana yg baik, jadikan panduan, yg x baik jadikan sempadan..hidup ni skejap je..skarang juga Allah boleh ambil nyawa aku..bermaaf2fan la selagi belum terlambat..dan bagi2 mereka2 yg sdg berusaha sedaya upaya dan penuh istikomah utk menjatuhkan dan menyakitkan hati anda, x perlu la berdendam atau menyimpan hasrat utk membalas apa yg dia lakukan, sebaliknya dan sebaik2nya, doakanlah dia..bukan doakan dia berjaya menyakitkan hati anda, tp doakan dia agar "Allah membuka pintu hatinya dan memberi ruang utk nya memperbaiki akhlakny suatu hari nanti"..lgpun, xde konsep 'mendoakan yg tidak baik' pada org lain..ingat, segala yg terjadi dan segala yg kita lalui adalah dgn izinNya..semakin marah kita dgn kejadian itu, seolah2 semakin marahlah kita dgn yg Maha Esa yg telah menentukan kejadian2 tersebut..cukuplah sekadar kita menerima segalanya itu dgn penuh keredhaan dan kemaafan..jgn jdkn kepala hotak dan kepala lutut kita dibebani dgn keserabutan aliran kegusaran dan kebencian..takut hati tu jadi semakin gelap dan semakin gelap dan seterusnya mengundang bencana yg lagi besar..malah, sampai ada yg sanggup membunuh sb x tahan dek dugaan yg mendatang..sama2 kita bermuhasabah diri..sekian....slm syg dari Tucker utk anda semua..salam..

Saturday 6 August 2011

SABAR ITU INDAH....

Assalamualaikum..aku tak tau la kenapa aku tiba-tiba rasa semacam je malam ni..aku paling x suka bila benda yang aku x buat kt orang, tp orang buat kt aku..aku bengang la..mula la aku nk bercakap sorang2 mcm ni..sabar tetap sabar..dah la aku menulis blog ni, banyak sebut tentang sabar..xkjn la aku pula kehilangan kesabaran tu..aisshhhhh..ikutkan aku, aku nk hentak je semua yang ada di depan mata aku ni..aku rasa nak bakar je bangunan2 yang ada di pecan ni, tapi x berbaloi..Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tersendiri..mungkin sedikit sukar utk aku menerima semua ni, tapi itulah hakikatnya kehidupan..kalau xnk langsung kena dgn musibah dan ujian, pegi duduk kt hutan banat..bina sebuah bangle kt situ pastu beli helicopter sebiji sebagai pengangkutan..rupa2nya benar apa yang aku sering katakan selama ni..aku menulis untuk peringatan diriku sendiri dan juga sebagai pesanan kepada kawan2..mana yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri..
                Da kira teruk juga la apa yang ku rasakan sekarang ni..pedih ulu hati dan leher ni rasa terjerut dengan tali rapia..hambek ko..kalau aku sepak pokok kelapa kt pekan PD tadi, kompem demam pokok tu besok..tapi, aku cuba utk mengimbas kembali apa yang pernah ku pesan kepada kawan2ku selama ni..aku cuba ‘relate’kn apa yang berlaku pada diriku ketika ini dengan apa yang pernah ku tulis selama ni..
                Manusia tidak lepas daripada masalah.. setiap hari ada saja masalah yang akn timbul yang menduga kesabaran dan keimanan..sedar x sedar, hari2 yang bakal dilaui telahpun tersedia utk dilalui..Allah menguji hambaNya yang mampu menghadapi ujian yang diberi..x kira seteruk mana pun ujian itu, itulah yang terbaik utk kita..bermuhasabah diri memikirrkan dan melihat sesuatu itu dengan mata hati lebih baik daripada penilaian yang dilakukan dengan mata kasar dan ‘kepala lutut’..kalau semua benda dilihat dengan kepala lutut dan kepala BANA, alamatnya xde satu pun yang akn membangkitkan nilai2 kesabaran dalam diri kita..360darjah kita akan kaitkan apa yang dihadapi dengan kesilapan orang lain..seboleh2nya seluruh manusia dan alien(sekiranya ada) akan dipersalahkan demi memenangi hati sendiri..pokok yang static itu pun akan dijadikan mangsa akibat daripada apa yang kita hadapi..x pasal2 kebinasaan berlaku lantaran nilai kesabaran yang hilang daripada diri..
                Cuba Tanya diri sendiri, dah cukup sempurna ke diri ini sehingga menafikan kelayakkan kita untuk diberi musibah demi musibah??perfect sangat ke diri ini dalam menjalankan apa tuntutanNya sehingga apa yang berlaku ke atas diri kita dijadikan sebagai modal untuk berasa KECEWA?????lurus sangat ke diri ini sehingga menyalahkan segala2nya demi mempertahankan diri bahawa “aku tidak sepatutnya dapat macam ni”..????korek hati tu dalam2 jika inginkan hidup yang tenang..tenang dalam erti kata ‘tidak berserabut dengan apa yang ditimpakan ke atas kita’…sudah menjadi lumrah dan normal bagi seseorang manusia untuk berasa kecewa dengan apa yang tidak diingini..tetapi perlu dilihat batasnya agar kita tidak tergolong dalam kelompok yang tidak membaca Rukun ke-6 dalam Rukun Islam..terima terima dan terima..yang baik2 kita reti pula nak terima..haaa, itu suda lebeyyyy..terima la dua2 sekali..
                Korek dalam2 hati tu..da dua kali ulang da ni..tanya balik pada diri soalan2 cepumas yang x perlu TOYOL untuk menjawabnya..tanya diri..sebelum ni, pernah x aku melakukan KHILAF??? Pernah x aku membohong(walaupun kecik)…pernah x aku menyakitkan hati org lain(walaupun sikit)…pernah x aku melakukan maksiat(walaupun maksiat mata dok tengok permandangan yang x sepatutnya)…pernah x aku mengucap kata2 yang x sepatutnya terucap oleh seseorang insane yang beriman???????kalau susah sangat nk jawab, biar aku je yang tolong jawab..semua tu pernah..berkali kali dah pun..dosa2 kecik macam tu la yang mungkin terbalas di dunia dengan didatangkan kepada kita bencana2 dan malapetaka2 yang kecik ke atas kita..tapi kita biasanya EGO badak..badak pun x seEgo kita barangkali..jadi bila nikmat keSEDAPan hati itu ditarik balik dan digantikan dengan bencana, kita akan mula berasa resah, gelisah, gundah, pelepah, menyampah, bersepah, berterabur dan sebagainya yang berkaitan..padan muka..sedangkan insan2 yang lebih ‘lurus’ daripada kita turut mendapat bencana, inikan pula kita yang seringkali terjerumus dalam arena2 yang tidak dituntut dalam agama kita..so, padan muka la kan..take it positively..keluar bahasa Mat Kilau pula malam ni..so what..who are we to deserve the superb2 one continuously??who are we to argued all those things that happened???
                Bila kawan2 mengadu masalah, reti pula nak pujuk “sabar la erk erk erk erk”..uwekkkkk..mana hilangnya nasihat tu di kala diri sendiri ditimpa musibah??mana luputnya SABAR yang teramat mudah untuk dijadikan nasihat kepada mereka2 yang ditimpa musibah..ambil Klorok atau Trojan atau apa2 serbuk pencuci, pergi bilas hati tu bersih2..kalau tegar sangat, masuk dalam mesin basuh 15kg, cuci dgn badan2 sekali..aku pun kadang2 kecewa dengan apa yang aku alami..tapi, mcm ni la aku counter balik apa yang aku KECEWAi..patutkah aku yang LOK LAK ini meminta2 yang baik2 saja utk berlaku sepanjang kehidupanku..ini baru kecik..baru hilang Broadband aku da menggelupur macam ayam belanda kena sembelih..mujurlah semua tu berlangsung dalam masa yang amat singkat..mujurlah aku teringat balik nasihat2 ku kepada kawan2 ku..BENGONG dan BANGANG rasanya bila aku sendiri yang terGOLEK DOQ bila aku mendapat musibah sedangkan aku sering menasihati kawan2ku untuk bersabar..
                Jadi, macam ni je la..walau apapun yang melanda kita, terimalah dengan hati yang terbuka..tentu kita pernah mengalami sesuatu yang lebih buruk beberapa tahun yang lepas, tetapi kita masih wujud hari ni..masih tegak berdiri sedangkan kita pernah hamper TOMBANG ketika melaui saat2 getir suatu ketika dahulu..itulah bukti kekuatan kita..itulah bukti kemampuan kita menghadapi ujian yang Allah SWT tujahkan kepada kita..tanya diri masing2, kita x bunuh diri kan, semasa sesuatu itu berlaku suatu ketika dulu…??kita x maki org tua kita kan masa kita bengang dengan certain2 perkara yang x diingini berlaku..so, kita masih kuat..benar la kata2 “Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu dihadapinya….”..entah2 problem yang kita rasa terlalu besar suatu ketika dulu, sudah pun dilupai..ntah2 tajuk problem itu pun da x ingat da sekarang ni..haha..
                Walaubagaimanapun, cuba la untuk memperbaiki diri..kalau x mampu buat semua(benda yang dituntut), jangan tinggalkan semua..kalau x boleh nk tinggalkan semua yang “terlarang”, cuba2 la meninggalkannya beransur2..InsyaAllah, di akhirnya nanti, kemanisan beriman dan bertakwa itu akan dirasai jua..masa tu nanti, datang la bala bencana yang benar2 DAHSYAT sekalipun, InsyaAllah kita akan laluinya denagn terurus tanpa rasa gusar lagi..
                Ingat lagi x cerita PENANAM CILI?????kalau kita dengan selamber dekk mempersendakan cili2 yang penanam tu tanam, agak2 marah x si penanam cili tu????jadi, x perlu la kita terlalu kecewa dengan apa yang dijadikan pada kita dalam hari2 yang kita lalui..itulah yang Allah berikan..TIADA DAYA DAN UPAYA KU MELAINKAN SEGALANYA DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT..kita perlu bersyukur kerana nikmat kewarasan itu masih lagi dimiliki..nikmat kenyang, nikmat melihat, nikmat merasa, mendengar dan bergerak masih lagi dimiliki..kenapa memandang pada musibah padahal nikmat yang Dia berikan jauh lebih SUPERB utk kita meneruskan kehidupan?bayangkan lah salah satu nikmat itu ditarik balik..nakdijadikan contoh..kaki yang kita gunakan untuk berjalan tetiba hilang fungsinya..aaaa, duduk la hang kat situ x boleh bergerak..bergerak pun guna kerusi roda je kot..masa tu baru la kita terfikir dan terbayang 1001 perkara yang pernah kita buat yang mengundang kemurkaanNya..itu baru kaki..masih lagi WARAS, MELIHAT dan SEBAGAINYA..nak dijadikan cerita, semua nikmat ditarik balik termasuk nikmat menghirup udara segar ciptaanNya..perghhhhh!!!!agak2 apakah maksud ku itu..MATI is it?? Astaghfirullahaladzhimmm..masa tu hapah pun x dapat..
                Sedarlah bahawa masih terlalu banyak untuk kita hargai dan nikmati selain beberapa musibah dan masalah yang bakal mewarnai kehidupan kita..bersyukurlah dengan kedua2nya sekali..jangan sampai segala nikmat yang dimiliki ditarik beransur2 dan akhirnya kita akan merasakan hidup ni tiada maknanya lagi bagi kita..
                Cukup la setakat ini coretanku kali ni..Assalamualaikum..
                

Tuesday 2 August 2011

jangan dok buat taik..

alahai..lamanya aku x menaip..nk cuba menaip dulu mlm ni..bnyk da input yang datang mengetuk pintu hati ni untuk berbisik sekali lagi..teringat saat mati, saat susah, saat derita dan saat BILA DA TUA..aaaa, kenapa pula SAAT DA TUA tu dihuruf besarkan..???aku je tau..aku x semestinya betul..aku juga manusia biasa seperti kalian..punya hati dan perasaan..juga punya pendapat yang bernas dan juga sebaliknya..haha..yg penting, aku meluahkannya di sini sebagai "replenishment" utk diriku dan jiwa2 yang menerimanya..
Bila kita ceghita saat2 menghadapi hari2 tua, bnyk juga yang aku dok bayangkan bila aku sendiri yang duduk kat tempat tu..hampir setiap hari aku fikir, ape yg bermain di hatiku kelak bila da TUA.....bila aku da x larat dan hanya mampu melihat...ish ish ish..itulah hakikat yang x semua kita terima dalam hidup kita..time muda2 ni boleh la kita mengembangkan sayap2 kedegilan dan kezaliman kita terhadap org2 sekeliling kita..cuba fikir sejenak di suatu ketika nanti, bila segala mak nenek sendi2 dan tulang temulang kita sudah loose, haaaa..try la degil..try la zalim sana sini..
jadi, apa yg aku ingin perborakkan disini, adalah utk peringatan diri sendiri dan juga peringatan kita semua..mungkin kita pernah terfikir situasi seperti ini tetapi terlupa sejenak..maklum la, sekarang ni kita lebih suka menilai sesuatu daripada OUTPUT..ramai termasuk aku suka sangat dok guna ayat bodo "lantak pi la nk jadi apa pun, janji aku senang"..dan bila senang itu datangnya dari yg x diredhai, maka akan kucar-kacirlah kehidupan dan berserabutllah segala pemikiran dan perbuatan..hambikkk ko..time muda2 ni dok "buat taik" dgn org lain..tipu sana sini, lawan sana sini dan 'pedajai' (menganiaya) sana sini..bez kan..sronok ya amattt..tapi........implikasinya bila da tua nanti amat buruk seburuk buruknya..
bayangkan la bila da tua nanti, orang yang dianiaya tu lebih "superb" daripada kita....jgn dok blagak dgn apa yg ada skang ni..anugerah, nikmat dan rezki itu Allah SWT yg bagi..x kira la time sekarang ni ko boleh berlagak naik kereta Lembugini, blagak x tentu hala..ber'pesyen' x tentu hala, menyakitkan hati org tu org ni..then bila da tua nnt, org yang kita aniaya tu, lg hebat..ditakdirkan ank dia beli kereta Lembugini sedozen utk ayh dia yg ko aniaya..rasa2nya, kalau boleh cabut kepala time tu, kompem nk sorok kepala dalam tempayan..sebab MALUUUUU ya amatttttt...masa tu baru nk flashback apa yg yg kita da buat dgn 'org tu' suatu ketika dulu..dia la yg kita sering sakiti...dia la yg kita buat x tauuuu je..sedih oiiii..time muda2 boley la blagak..cuba la berbaik2 dgn semua org..jgn ada dendam dan benci...jgn ada penganiayaan dan kezaliman..paling koman pun, boleh la tumpang kereta Lembugini yg ank dia beli..
Moral of the story, lagi bersepah taik yg kita tinggalkan time muda2, lagi kerap la kita rasa nk cabut kepala utk disorokkan dalam tempayan bila da tua nanti..semuanya jadi serba malu..MALU SEMALU MALUNYA bila berhadapan dgn org2 yg kita dok berak atas kapla dia..da tua baru nk terkenang masa muda yg BUAS, GANAS, KEJAM dan BONGKAK..kompem tunduk sepanjang masa..sekali kita sakitkan hati org, berkali kali kali kali kali kita akn dapat BAHANAnya..x rugi kita berbuat baik sesama manusia..jgn judge org sekeliling kita dgn MATA yg sepasang tu, nilai dgn MATA HATI..jgn jadikan usia tua sebagai usia yg paling memenatkan utk mengingati masa muda..ingat, rezki datangnya dari Allah SWT..sekali lagi, BERBAIK2LAH SESAMA MANUSIA.....dan, jangan dok BUAT TAIK merata2 kerana taik itu akan hinggap di muka sendiri suatu hari nanti..selamat beramal dan Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..=)