Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Saturday 6 August 2011

SABAR ITU INDAH....

Assalamualaikum..aku tak tau la kenapa aku tiba-tiba rasa semacam je malam ni..aku paling x suka bila benda yang aku x buat kt orang, tp orang buat kt aku..aku bengang la..mula la aku nk bercakap sorang2 mcm ni..sabar tetap sabar..dah la aku menulis blog ni, banyak sebut tentang sabar..xkjn la aku pula kehilangan kesabaran tu..aisshhhhh..ikutkan aku, aku nk hentak je semua yang ada di depan mata aku ni..aku rasa nak bakar je bangunan2 yang ada di pecan ni, tapi x berbaloi..Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tersendiri..mungkin sedikit sukar utk aku menerima semua ni, tapi itulah hakikatnya kehidupan..kalau xnk langsung kena dgn musibah dan ujian, pegi duduk kt hutan banat..bina sebuah bangle kt situ pastu beli helicopter sebiji sebagai pengangkutan..rupa2nya benar apa yang aku sering katakan selama ni..aku menulis untuk peringatan diriku sendiri dan juga sebagai pesanan kepada kawan2..mana yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri..
                Da kira teruk juga la apa yang ku rasakan sekarang ni..pedih ulu hati dan leher ni rasa terjerut dengan tali rapia..hambek ko..kalau aku sepak pokok kelapa kt pekan PD tadi, kompem demam pokok tu besok..tapi, aku cuba utk mengimbas kembali apa yang pernah ku pesan kepada kawan2ku selama ni..aku cuba ‘relate’kn apa yang berlaku pada diriku ketika ini dengan apa yang pernah ku tulis selama ni..
                Manusia tidak lepas daripada masalah.. setiap hari ada saja masalah yang akn timbul yang menduga kesabaran dan keimanan..sedar x sedar, hari2 yang bakal dilaui telahpun tersedia utk dilalui..Allah menguji hambaNya yang mampu menghadapi ujian yang diberi..x kira seteruk mana pun ujian itu, itulah yang terbaik utk kita..bermuhasabah diri memikirrkan dan melihat sesuatu itu dengan mata hati lebih baik daripada penilaian yang dilakukan dengan mata kasar dan ‘kepala lutut’..kalau semua benda dilihat dengan kepala lutut dan kepala BANA, alamatnya xde satu pun yang akn membangkitkan nilai2 kesabaran dalam diri kita..360darjah kita akan kaitkan apa yang dihadapi dengan kesilapan orang lain..seboleh2nya seluruh manusia dan alien(sekiranya ada) akan dipersalahkan demi memenangi hati sendiri..pokok yang static itu pun akan dijadikan mangsa akibat daripada apa yang kita hadapi..x pasal2 kebinasaan berlaku lantaran nilai kesabaran yang hilang daripada diri..
                Cuba Tanya diri sendiri, dah cukup sempurna ke diri ini sehingga menafikan kelayakkan kita untuk diberi musibah demi musibah??perfect sangat ke diri ini dalam menjalankan apa tuntutanNya sehingga apa yang berlaku ke atas diri kita dijadikan sebagai modal untuk berasa KECEWA?????lurus sangat ke diri ini sehingga menyalahkan segala2nya demi mempertahankan diri bahawa “aku tidak sepatutnya dapat macam ni”..????korek hati tu dalam2 jika inginkan hidup yang tenang..tenang dalam erti kata ‘tidak berserabut dengan apa yang ditimpakan ke atas kita’…sudah menjadi lumrah dan normal bagi seseorang manusia untuk berasa kecewa dengan apa yang tidak diingini..tetapi perlu dilihat batasnya agar kita tidak tergolong dalam kelompok yang tidak membaca Rukun ke-6 dalam Rukun Islam..terima terima dan terima..yang baik2 kita reti pula nak terima..haaa, itu suda lebeyyyy..terima la dua2 sekali..
                Korek dalam2 hati tu..da dua kali ulang da ni..tanya balik pada diri soalan2 cepumas yang x perlu TOYOL untuk menjawabnya..tanya diri..sebelum ni, pernah x aku melakukan KHILAF??? Pernah x aku membohong(walaupun kecik)…pernah x aku menyakitkan hati org lain(walaupun sikit)…pernah x aku melakukan maksiat(walaupun maksiat mata dok tengok permandangan yang x sepatutnya)…pernah x aku mengucap kata2 yang x sepatutnya terucap oleh seseorang insane yang beriman???????kalau susah sangat nk jawab, biar aku je yang tolong jawab..semua tu pernah..berkali kali dah pun..dosa2 kecik macam tu la yang mungkin terbalas di dunia dengan didatangkan kepada kita bencana2 dan malapetaka2 yang kecik ke atas kita..tapi kita biasanya EGO badak..badak pun x seEgo kita barangkali..jadi bila nikmat keSEDAPan hati itu ditarik balik dan digantikan dengan bencana, kita akan mula berasa resah, gelisah, gundah, pelepah, menyampah, bersepah, berterabur dan sebagainya yang berkaitan..padan muka..sedangkan insan2 yang lebih ‘lurus’ daripada kita turut mendapat bencana, inikan pula kita yang seringkali terjerumus dalam arena2 yang tidak dituntut dalam agama kita..so, padan muka la kan..take it positively..keluar bahasa Mat Kilau pula malam ni..so what..who are we to deserve the superb2 one continuously??who are we to argued all those things that happened???
                Bila kawan2 mengadu masalah, reti pula nak pujuk “sabar la erk erk erk erk”..uwekkkkk..mana hilangnya nasihat tu di kala diri sendiri ditimpa musibah??mana luputnya SABAR yang teramat mudah untuk dijadikan nasihat kepada mereka2 yang ditimpa musibah..ambil Klorok atau Trojan atau apa2 serbuk pencuci, pergi bilas hati tu bersih2..kalau tegar sangat, masuk dalam mesin basuh 15kg, cuci dgn badan2 sekali..aku pun kadang2 kecewa dengan apa yang aku alami..tapi, mcm ni la aku counter balik apa yang aku KECEWAi..patutkah aku yang LOK LAK ini meminta2 yang baik2 saja utk berlaku sepanjang kehidupanku..ini baru kecik..baru hilang Broadband aku da menggelupur macam ayam belanda kena sembelih..mujurlah semua tu berlangsung dalam masa yang amat singkat..mujurlah aku teringat balik nasihat2 ku kepada kawan2 ku..BENGONG dan BANGANG rasanya bila aku sendiri yang terGOLEK DOQ bila aku mendapat musibah sedangkan aku sering menasihati kawan2ku untuk bersabar..
                Jadi, macam ni je la..walau apapun yang melanda kita, terimalah dengan hati yang terbuka..tentu kita pernah mengalami sesuatu yang lebih buruk beberapa tahun yang lepas, tetapi kita masih wujud hari ni..masih tegak berdiri sedangkan kita pernah hamper TOMBANG ketika melaui saat2 getir suatu ketika dahulu..itulah bukti kekuatan kita..itulah bukti kemampuan kita menghadapi ujian yang Allah SWT tujahkan kepada kita..tanya diri masing2, kita x bunuh diri kan, semasa sesuatu itu berlaku suatu ketika dulu…??kita x maki org tua kita kan masa kita bengang dengan certain2 perkara yang x diingini berlaku..so, kita masih kuat..benar la kata2 “Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu dihadapinya….”..entah2 problem yang kita rasa terlalu besar suatu ketika dulu, sudah pun dilupai..ntah2 tajuk problem itu pun da x ingat da sekarang ni..haha..
                Walaubagaimanapun, cuba la untuk memperbaiki diri..kalau x mampu buat semua(benda yang dituntut), jangan tinggalkan semua..kalau x boleh nk tinggalkan semua yang “terlarang”, cuba2 la meninggalkannya beransur2..InsyaAllah, di akhirnya nanti, kemanisan beriman dan bertakwa itu akan dirasai jua..masa tu nanti, datang la bala bencana yang benar2 DAHSYAT sekalipun, InsyaAllah kita akan laluinya denagn terurus tanpa rasa gusar lagi..
                Ingat lagi x cerita PENANAM CILI?????kalau kita dengan selamber dekk mempersendakan cili2 yang penanam tu tanam, agak2 marah x si penanam cili tu????jadi, x perlu la kita terlalu kecewa dengan apa yang dijadikan pada kita dalam hari2 yang kita lalui..itulah yang Allah berikan..TIADA DAYA DAN UPAYA KU MELAINKAN SEGALANYA DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT..kita perlu bersyukur kerana nikmat kewarasan itu masih lagi dimiliki..nikmat kenyang, nikmat melihat, nikmat merasa, mendengar dan bergerak masih lagi dimiliki..kenapa memandang pada musibah padahal nikmat yang Dia berikan jauh lebih SUPERB utk kita meneruskan kehidupan?bayangkan lah salah satu nikmat itu ditarik balik..nakdijadikan contoh..kaki yang kita gunakan untuk berjalan tetiba hilang fungsinya..aaaa, duduk la hang kat situ x boleh bergerak..bergerak pun guna kerusi roda je kot..masa tu baru la kita terfikir dan terbayang 1001 perkara yang pernah kita buat yang mengundang kemurkaanNya..itu baru kaki..masih lagi WARAS, MELIHAT dan SEBAGAINYA..nak dijadikan cerita, semua nikmat ditarik balik termasuk nikmat menghirup udara segar ciptaanNya..perghhhhh!!!!agak2 apakah maksud ku itu..MATI is it?? Astaghfirullahaladzhimmm..masa tu hapah pun x dapat..
                Sedarlah bahawa masih terlalu banyak untuk kita hargai dan nikmati selain beberapa musibah dan masalah yang bakal mewarnai kehidupan kita..bersyukurlah dengan kedua2nya sekali..jangan sampai segala nikmat yang dimiliki ditarik beransur2 dan akhirnya kita akan merasakan hidup ni tiada maknanya lagi bagi kita..
                Cukup la setakat ini coretanku kali ni..Assalamualaikum..
                

No comments:

Post a Comment