Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Thursday 8 December 2011

Sediakan Payung Sepanjang Masa!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga kalian dalam keadaan seperti yang kalian inginkan..jangan sesekali memberanikan diri bermain hujan, musim hujan skang nie..hahaha..kalau gian sangat nk main hujan, lepas main hujan, terus mandi..jangan tunggu lama2, nanti demam..bukan stakat hujan je yang kena sediakan payung saudara dan saudari, semua benda yang kita lakukan kenalah disediakan payung bersama..kalau x, itu la yang jadi dgn kita semua termasuk saya sendiri..mulalah nk salahkan semua yang ada di sekeliling kita termasuk ayam2 dan kambing2 jiran sebelah rumah kita pun kita nak persalahkan..betul kata orang2 tua.."sediakan payung sebelum hujan"..nampak simple dan bersahaja je peribahasa nie..x kurang juga yang meluat sebab da lapuk agaknyer peribahasa ni..dari zaman Tok Kaduk perrrr...tapi, saya menyedari kebenarannya..
Melalut jauh pulak saya nie..tujuan asal penulis kali ni ialah, nk berkongsi pendapat mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berCINTA..syoiknyerr berCINTA..lebih2 lagi orang yang kita cintai itu mencintai kita..sedangkan orang yg skadar gila bayang syiok sendiri pun rasa hepiii je, inikan pula yang saling mencintai..hahaha..
ape yg org bercinta ni biasanya akn bincangkan?????"bercakap melalui pengalaman"...normally, cehhh ckp mat saleh pulak..biasanya orang bercinta ni selalu cakap:
1...aku akn jaga engkau baik2..
2...aku x akn tinggalkan engkau...
3..aku xde yg lain dah...selain engkau..
4..i lap u..
5..i mop u...
6..Lep yu poleberrr...
7..i reli reli reli reli lep yu...
tuuuuu dia..ni la yang biasanya diungkapkan oleh para2 sakura..bez jer bunyinyer..x salah mengungkapkan semua yang di atas..penulis x kata semua tu x boleh..tapi penulis ada sedikit cadangan penambahan bagi semua yang telah tertulis di atas..kenapa x ramai yang melakukan penambahan2 ini:
1..yyg, nanti kalau kita tiba berpisah, mcm mana erkk??
2..yyg, nnt kalau kita break atas sb apa skalipun, kita terima je la erk..
3..yyg, kalau kita dtakdirkan xde pape nnt, kita xperlu bermusuhan ea..
KENAPA X RAMAI YANG BERANI SEBUT SEMUA NI???kenapa takut untuk membuat persediaan awal agar suatu hari nanti sesuatu yg x terduga berlaku, kapel2 sekalian xperlulah bemasam muka, benci membenci, dendam mendendam..sb persediaan seperti ini sudahpun dibuat..kita ni manusia laaa..siapa x buat silap..jadi, sidia dan kita sendiri pun x mustahil akan buat silap hingga mnyebabkan terputusnya hubungan..x salah bersembang yang indah2, tp selitkanlah sedikit benda2 yang berkemungkinan berlaku pada masa hadapan..nescaya, jika ia betul2 berlaku nanti, x keluar la ayat2 seperti ini...:
1...kau tipu aku!!!!!!!!
2..kata SETIA, tapi HAMPEH!!!!!!
3..kenapa kau sanggup buat begini padaku!!!!!!
4..kenapa engkau kejam!!!!!
kenapa engkau memungkiri janji2 manismu!!!
Hambekkkkkkk ko..kenapa masa bercinta dulu x ajar cara2 menghadapi kemungkinan2 seperti ini..jangan fikir diri tu power rangers la..kata2 itu satu doa..aku bercinta dulu pun bagai nak rakkk..semua yg manis2 je dceritakan, tapi x jadi jugak..kalau la aku sembang pasal "break" break" dan "break", mungkin xde la aku teruk menanggung perpisahan..sebab semua tu dah dibincangkan bersama2..semuanya dah jelas dan difahami oleh kedua2 belah pihak..ingat, Allah penentu segalanya..kita ada akal..kalau dah tau "apa2 pun boleh terjadi"...buat la persiapan awal..supaya suatu hari nanti bila tiba2 BREAK, kita x benci atau bermusuhan dengan kapel kita..DAN INGAT, XDE SESUATU PUN BERLAKU TANPA IZIN ALLAH SWT!!!nak pertikaikan jugak ke perpisahan yang telah ditentukan tu??????wahhhh!!!hebatnya..x payah la...semua yag berlaku xpernah sia2..itu ujian semuanya..kita menunjukkan yang kita GAGAL ujian daripadaNya bila kita seolah menafikan kejadian yg dikehendakiNya termasuklah perpisahan antara kita dengan kapel kita..terima je la..didik hati...rawat rohani...aku pun ter'frust juga dulu2..tapi, skarang saya sedar betapa SALAHNYA tindakan saya pada masa itu..aku sedar bahawa:
1..aku mengenalinya kerna izinNya...
2..aku bercinta dgnnya kerna izinNya...
3..aku berjaya mencintainya dgn sepenuh hati kerna izinNya...
4..aku hampir2 bersatu dgnnya kerna izinNya...
5..Finally aku berpisah dgnNya jua kerna izinNya...
dalami betul2, xde satu pun yg berlaku tanpa izinNya..kita dah merancang giler giler, jika x diizinkan olehNya, tetap x jadi jugak!!!
so, ape salahnya kita berbincang berkenaan dengan perpisahan yg x mustahil untuk terjadi..itu lebih baik pada pendapat saya..sebab kita nk elak drpd bermusuhan, berdendam dan sebagainya..sediakan payung sepanjang masa..supaya kita boleh senyum sepanjang masa..hehe..
itu sahaja daripada saya, apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yg sebaliknya datang drpd saya sendiri..selamat mencuba..Wabilahitaufiqwalhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..

Sunday 30 October 2011

Perasaan x boleh diukur

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera..penulis da lama x menulis dlm ni..=) rindu plak rasanya..apepun, apa yg penulis tuliskn ni hanyalah luahan hati penulis sendiri dan x mengaitkan sesiapa pun..kebanyakannya adalah perasaan penulis sendiri..jika ada yang menalaminya, itu cumalah kebetulan sahaja..
  2. kenapa agaknya "perasaan x boleh diukur" dijadikan tajuk oleh penulis..??sebenarnya, kita seringkali dikelirukan oleh perasaan sendiri..sering meronta2 dan berkecamuk bila berhadapan dengan situasi begini..tidak semestinya kita terlalu sayangkan seseorang, oran yang kita sayangi itu perlu membalas perasaan kita itu..x kisah kita sayangkan dia macam manapun, tak bermakna sidia perlu membalasnya dengan kasih sayang seperti yang kita berikan..ish ish ish..nampak berterabur pulak ayat penulis ni..bukan apa..kadang2, sesetengah orang berpendapat, mereka langsung x dihargai bila cintanya x dibalas..kalau nk cakap kasar, LANTAK DIA LA NAK TERIMA CINTA KITA ATAUPUN X!!!come on la..xkn la kita nak paksa2 cinta kita diterima oleh sidia..sidia ada life sendiri..lagipun, mak bapak dia yang besarkan dia sejak kecil sehinggalah sidia berkenalan dengan cintan-cintun ni..So WHAT?????DIA PUNYA PASAL LAAA..suka hati mak bapak dia la nak buat apapun dengan kita..dia nak terima ataupun tidak, LANTAK DIA LAAA..ingat!!!dia tu anak mak bapak dia..kita pinjam je utk ditatapi dan di'idola'i..siapa kita??DIA MILIK MAK BAPAK & KELUARGA DIA!!!!let say laaa, sidia berumur 22 tahun(contoh dan tiada kena mengena dgn sesiapa pun),mak bapak dia yang membesarkan dia sejak lahir sampai la dia berumur 22 tahun..kalau ye pun sidia da bekerja masa umur 20 tahun, belum tentu lagi 100% dia hidup atas kaki sendiri..then, kita pulak yang terhegeh2 menangis2 merayu2 dan mengharap bagai nak MATI....pasal aperrr????
  3. Bukan penulis nak menafikan wujudnya perasaan "terlalu inginkan" yang sudah pasti wujud dalam hubungan percintaan, ataupun yang belum lagi menjalinkan hubungan..tapi, berpada2lah sebab benda macam ni sedikit sebanyak akan membelenggu diri kita jika kita tidak bangkit..x salah kita kecewa bila kita x dapat memenangi hati seseorang yang terlalu kita 'inginkan', dan x salah kita menangis bila sidia meninggalkan kita dengan sesuka-suki dia..tapi, biarlah benda itu tidak berlarutan ataupun berpanjangan..LAAHAWLAA WALAAQUWWATA ILLABILLAAHIL 'ALIYYIL ADZHIMM..bagi yang beragama Islam, inilah dia ayat yang korang pertikaikan akibat TERLALU KECEWA!!kawal emosi, bertenang dan ucaplah ayat ni berulang kali..penulis pernah menulis mengenai cerita "Penanam Cili" sebelum ni..haaaa, itulah dia..apa yang berlaku adalah atas kehendaknya..apa yang berlaku menimpa kita, kita jadikan ia sebagai iktibar dan sebagai pengajaran kepada kita untuk bekalan mengharungi hari muka..kalau x bleh juga(mksdnya, mmg kita x tau apa kesilapan kita pada sidia), fikirlah bahawa malapetaka itu adalah hukuman yang Allah SWT turunkan kepada kita atas kesilapan dan dosa2 kita yang terdahulu..dan sedarlah bahawa, KITA LAYAK DAPAT MACAM TU SEBAB KITA X PERFECT..
  4. kdg2 org selalu cakap, "dia sanggup tinggalkan aku!!dia memang x berhati perut!!aku da bagi segala kasih sayang kepadanya dan aku sedikitpun tidak mengabaikannya....."bla bla bla bla bla pun Kong Pun Boyong..saudara saudari yg dirahmati Allah sekalian, didik la hati sendiri..kalau bukan kita sendiri yg didik hati kita, sapa lagi..xkn nk suruh kucing aku yg tolong didikkan..memang!!!memanggg kita dan org2 sekeliling kita x dapat menafikan bahawa betapa sayangnya kita kepada sidia..dan sidia sendiri pun x menafikan bahawa kita menyayanginya bagai nak 'rak'..tapi pernahkah kita menyedarkan diri kita sendiri, siapa yang memberikan perasaan sayan dan cinta itu kedalam hati sidia????ataupun kita buat2 xtau sebab ego yang mnebal???atau kita x sedar diri langsung???suatu ketika dahulu, penulis pun X SEDAR DIRI..penulis sendiri pun pernah "mandi x kenyang" "tidur x basah" dek ditinggalkan sidia..tapi kini Alhamdulillah penuliss telah bangun dari mimpi..penulis tau siapa yang berikan perasaan SAYANG & CINTA itu suatu ketika dulu, dan siapa yang telah MENGHILANGKAN PERASAAN itu daripadanya..terimalah hakikat..x mustahil, Allah itu maha berkuasa atas segalanya..x mustahil jika perasaan itu dikembalikan kepadanya, InsyaAllah dalam masa yang sama kita pun masih sayangkan dia.........x mustahil kan..
  5. Last but not least, jangan memandai2 menyukat @ mengukur perasaan sendiri demi sidia utk mnghargainya..dia x terima bukan disebabkan sidia x menghargai perasaan kita..tapi nk buat macam mana kalau perasaan yg sama itu x diberikan olehNya..jadi, selagi kita x bernikah dgn sidia, x perlulah kita memberi harapan dan mengharap bahawa segala yang berlaku antara kita dgn sidia adalah yang indah2 belaka..bawalah bekalan secukupnya agar apa yang kita tempuhi nanti tidak menyakitkan hati kita sendiri..didik jiwa, perkasa peribadi dan BERBISIK PADA HATI SENDIR..sekian sahaja untuk kali ini, Wabilahitaufiq walhidayah, WassalamualaikumWarahmatullahiWabarakaatuh dan salam mesra daripada TUCKER..


Monday 10 October 2011

Lebih baik Solo daripada Keliru..=)

Assalamualaikum Bloggers n FBookers..amacam?ada baik kah?hopefully semua dalam keadaan seperti yg diinginkan..da lama sy x update blog nie..dahla follower 2 3 org je..hehe..xpe, BISIKAN HATI TUCKER punya pasal, segala yang diluahkan adalah bisikan hati penulis semata-mata..tidak bermaksud menyindir ataupun memperli sisapa2 pun..semua yg dicoretkan adalah pendirian dan pegangan penulis yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan..mana yang baik itu kita jadikan teladan dan yg x baik itu kita jadikan sempadan..
    Sekali pandang, nmpk macam penulis da ber'relationship' dgn seeorang..itu zahir je..kepada yg tidak membelek laman blog saya ni, akan terus percaya apa yang dizahirkan, tetapi kenyataannya penulis x mcm tu pun..Sejutha Chinta Marshanda itu adalah akaun penulis sendiri..bukan penulis saje nk buat publisiti murahan mcm tu, tp lebih baik penulis buat macam tu sebab penulis sendiri ada sebab2 tertentu berbuat sedemikian..melalut panjang, buang masa...jom kita ke perkara tajuk yg ingin diketengahkan oleh penulis pada pagi yg indah ini..
     LEBIH BAIK SOLO DRPD KELIRU..?? kenapa bukan LEBIH BAIK SOLO DARIPADA KAPEL..??aaaaa..penulis memang melaluinya ketika ini..penulis sedang berjalan melalui sebuah laluan yang cahaya yg menerangi laluan tersebut samar2 belaka..bagaikan senja melabuhkan sayapnya perlahan-lahan..maka yang berjalan akan meraba2 dan yang berlari akan terhenti seketika mengamati laluannya yang semakin lama semakin suram...
     Okay, bagi diri penulis, SOLO adalah lebih baik daripada keliru..penulis juga manusia biasa yang mempunyai perasaan cinta dan sayang seperti mana yang dirasai oleh anda semua..penulis juga bisa menaruh perasaan terhadap golongan yang berbeza jantina dgn penulis yakni para wanita..itu normal kn..tp, kenapa perlu penulis meronta2, atau meroyan utk menagih cinta sedangkan penulis tau siapa diri penulis yang sebenar..lebih2 lagi apabila menaruh perasaan kepada yang buat dekkkk jer pada penulis..daripada mengelirukan diri sendiri, lebih baik penulis menghormati kebahagiaan org lain sebelum menyakiti hati mana2 pihak..menyayanginya n mencintainya adalah hak saya..BTW, pilihan sidia adalah hak sidia..jadi, kenapa perlu  penulis mengeruhkan keadaan sedangkan sidia juga mempunyai hak utk mencari kebahagiaan..seolah2 hal kecik bila kita sering mengganggu sidia dgn kata2 yang menggambarkan yang kita sgt memrlukannya, tp hakikatnya sidia menyampah dan meluat dgn apa yang kita lakukan itu..
     memang la pada mulanya si dia akan memberi respon yg baik terhadap anda, tetapi lama2 respon darinya akan berkurangan dan terimalah hakikat bahawa anda adalah bukan di kalangan pilihan hatinya..then, layanannya akan semakin berkurangan terhadap anda hari demi hari..dan anda pun KELIRU dan terus KELIRU..sedangkan si dia berhak buat mcm tu..sidia x perlu pun melayan anda seperti mana sebelum ini..maka mulalah anda tertanya2, kenapa sidia memberi respon yang semakin hari semakin berbeza..NAHHHH!!!carilah dalam mana2 seksyen dan mana2 Akta yg menjadikan si dia sebagai yg bersalah..xde kn kn kn..maka, x usah dok menggila dan meroyan bila insan yg diimpikan tidak terus melayan anda seperti yang anda inginkan..sedarlah bahawa "SELAGI TIADA IKATAN YANG SAH, ANDA MAHUPUN SIDIA BERHAK MENCARI KEBAHAGIAAN MASING2"..
     x salah mengidolakan atau menaruh perasaan pd sesiapa..itu normal..tp jangan sampai mengganggu kehidupan org lain seperti yg terkandung dalam HAK-HAK INDIVIDU..dan seeloknya, jangan dok meleret melayan perasaan apabila dilayan seperti eolah2 anda disukai kerana apabila layanan itu berkurangan, anda akan berasa 'morale down'..
     kesimpulannya, penulis hanya mampu mencintai namun x semestinya memiliki..lebih baik penulis tetap kkekal SOLO daripada KELIRU dengan HAK INDIVIDU si dia yg diIdolakan..hormat orang lain..untuk para suami isteri, TOLONG JANGAN GUNAKAN PRINSIP YANG SAMA SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS..prinsip yg telah saya huraikan adalah bagi pasangan atau insan yang belum memiliki taraf HUBUNGAN YANG SAH..senang citer, hubungan yang tidak boleh di"DRAG' ke mahkamah jika berlaku apa2..bagi suami isteri, adalah menjadi kewajipan untuk salaing membahagiakan antara satu sama lain..jgn sembang pasal hak sesuka hati bila da kawen..kang x pasal2 jd kes mahkamah..sayangi isteri dan sayangi suami anda kerana hak itu milik bersama..
     sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ingin menegaskan disini, "hak" masing2 untuk menyayangi n mencintai..sempadan atau temboknya adalah HUBUNGAN YANG SAH..x perlulah meroyan atau sebagainya kerana sidia adalah milik mak bapak dia..bukan Ahmad Albab yg punya kay..selamat bermuhasabah diri..apa yg penulis erkatakan adalah untuk pedoman kita semua termasuk mengingatkan diri penulis sendiri..terima kasih kepada yg sudi meluangkan mata utk membaca sampai habis..lastly...."MENYAYANGI & MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI"..sekian, maaf jika terkasar bahasa terlepas kata2, yg baik itu dtgnya drpd Allah SWT dan yg buruk itu dtgya drpd penulis sndiri.....WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH dan SALAM MESRA..

Thursday 11 August 2011

TERKILAN..

Assalamualaikum..panas pulak ari ni..ke, aku yg panas hati lg ni..ape2 pun, SABAR je la..kita x akan lari daripada memerlukan KESABARAN..pendek kata, jadikanlah SABAR itu sebagai teman hidup kita..jadikanklah SABAR itu 'awek' or 'balak' kita yg sentiasa ada utk kita..terus terang aku cakap, aku betul terkilan dgn 'statement' yg dikeluarkan oleh seorang hamba Allah di wall FB aku..aku langsung xtau apa motif org tu ckp mcm tu kt aku sedangkan aku x hutang apa2pun dgn dia..sesuka hati nenek moyang dia je ckp mcm2 kt aku..nk kata aku ni baik, x juga..jahat, ntah la, pandai2 la org sekeliling aku menilai aku..tp, tolong la..jgn sewenang2nya dan dgn bangganya menjatuhkan maruah org lain demi kepuasan 'kepala lutut' sendiri..jgn la mencuba sedaya upaya dan istikomahnya menyakitkan perasaan org lain dgn tujuan yg diilhamkan oleh nafsu syaitan diri sendiri..bnyk cara utk menasihati atau menyedarkan kawan2, tp bukan dengan cara mencarut x pakai 'kompas' lgsung sampai menyakitkan hati org yg ingin dinasihati atau ditegur..x salah menegur kawan2, tapi perlu kena pada cara dan tempatnya..aku x rasa cara 'hamba Allah' ni sesuai sb dgn terang2 mem'paloi'kan aku buat tatapan penduduk di bumi ini..salah ke dia me'mesej'kan semua 'kutukan' itu dlm inbok aku???salahkah dia meng'offer' aku utk bersemuka dgnnya???aku lebih rela dipanggil mengadap dan kutuklah aku dpn2..nk terajang aku pun aku x kesah, aku sanggup setting kepala aku atas padang bola utk ko sepak..xperlu merapu-rapa dalam wall kawan2 semata2 nk menyuarakan pendapat yang bakal menjatuhkan maruah kawan2..
kalau rasa diri tu baik sgt, declare la siap2 kt jabatan pendaftaran negara..biar 1 Malaysia tau yg kita ni 'sempurna' orgnya..aku tulis blog mcm ni pun, bukannya aku menuntut utk dikatakan sebagai 'gudboi', tapi aku cuma nk curahkan idea aku yang mungkin boleh dikongsi bersama..tapi mungkin dlm IC dia da tercatat kesempurnaannya yg x dpt dpertikaikan lagi, maka terbitlah perasaan dan kecenderungan menjatuhkan maruah kwn2 secara sesuka-suki....ape lah bangangnye menulis yg bukan2..aieeee, aku x paham la..OK la kawan..semua ni sekadar luahan..mana yg baik, jadikan panduan, yg x baik jadikan sempadan..hidup ni skejap je..skarang juga Allah boleh ambil nyawa aku..bermaaf2fan la selagi belum terlambat..dan bagi2 mereka2 yg sdg berusaha sedaya upaya dan penuh istikomah utk menjatuhkan dan menyakitkan hati anda, x perlu la berdendam atau menyimpan hasrat utk membalas apa yg dia lakukan, sebaliknya dan sebaik2nya, doakanlah dia..bukan doakan dia berjaya menyakitkan hati anda, tp doakan dia agar "Allah membuka pintu hatinya dan memberi ruang utk nya memperbaiki akhlakny suatu hari nanti"..lgpun, xde konsep 'mendoakan yg tidak baik' pada org lain..ingat, segala yg terjadi dan segala yg kita lalui adalah dgn izinNya..semakin marah kita dgn kejadian itu, seolah2 semakin marahlah kita dgn yg Maha Esa yg telah menentukan kejadian2 tersebut..cukuplah sekadar kita menerima segalanya itu dgn penuh keredhaan dan kemaafan..jgn jdkn kepala hotak dan kepala lutut kita dibebani dgn keserabutan aliran kegusaran dan kebencian..takut hati tu jadi semakin gelap dan semakin gelap dan seterusnya mengundang bencana yg lagi besar..malah, sampai ada yg sanggup membunuh sb x tahan dek dugaan yg mendatang..sama2 kita bermuhasabah diri..sekian....slm syg dari Tucker utk anda semua..salam..

Saturday 6 August 2011

SABAR ITU INDAH....

Assalamualaikum..aku tak tau la kenapa aku tiba-tiba rasa semacam je malam ni..aku paling x suka bila benda yang aku x buat kt orang, tp orang buat kt aku..aku bengang la..mula la aku nk bercakap sorang2 mcm ni..sabar tetap sabar..dah la aku menulis blog ni, banyak sebut tentang sabar..xkjn la aku pula kehilangan kesabaran tu..aisshhhhh..ikutkan aku, aku nk hentak je semua yang ada di depan mata aku ni..aku rasa nak bakar je bangunan2 yang ada di pecan ni, tapi x berbaloi..Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tersendiri..mungkin sedikit sukar utk aku menerima semua ni, tapi itulah hakikatnya kehidupan..kalau xnk langsung kena dgn musibah dan ujian, pegi duduk kt hutan banat..bina sebuah bangle kt situ pastu beli helicopter sebiji sebagai pengangkutan..rupa2nya benar apa yang aku sering katakan selama ni..aku menulis untuk peringatan diriku sendiri dan juga sebagai pesanan kepada kawan2..mana yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri..
                Da kira teruk juga la apa yang ku rasakan sekarang ni..pedih ulu hati dan leher ni rasa terjerut dengan tali rapia..hambek ko..kalau aku sepak pokok kelapa kt pekan PD tadi, kompem demam pokok tu besok..tapi, aku cuba utk mengimbas kembali apa yang pernah ku pesan kepada kawan2ku selama ni..aku cuba ‘relate’kn apa yang berlaku pada diriku ketika ini dengan apa yang pernah ku tulis selama ni..
                Manusia tidak lepas daripada masalah.. setiap hari ada saja masalah yang akn timbul yang menduga kesabaran dan keimanan..sedar x sedar, hari2 yang bakal dilaui telahpun tersedia utk dilalui..Allah menguji hambaNya yang mampu menghadapi ujian yang diberi..x kira seteruk mana pun ujian itu, itulah yang terbaik utk kita..bermuhasabah diri memikirrkan dan melihat sesuatu itu dengan mata hati lebih baik daripada penilaian yang dilakukan dengan mata kasar dan ‘kepala lutut’..kalau semua benda dilihat dengan kepala lutut dan kepala BANA, alamatnya xde satu pun yang akn membangkitkan nilai2 kesabaran dalam diri kita..360darjah kita akan kaitkan apa yang dihadapi dengan kesilapan orang lain..seboleh2nya seluruh manusia dan alien(sekiranya ada) akan dipersalahkan demi memenangi hati sendiri..pokok yang static itu pun akan dijadikan mangsa akibat daripada apa yang kita hadapi..x pasal2 kebinasaan berlaku lantaran nilai kesabaran yang hilang daripada diri..
                Cuba Tanya diri sendiri, dah cukup sempurna ke diri ini sehingga menafikan kelayakkan kita untuk diberi musibah demi musibah??perfect sangat ke diri ini dalam menjalankan apa tuntutanNya sehingga apa yang berlaku ke atas diri kita dijadikan sebagai modal untuk berasa KECEWA?????lurus sangat ke diri ini sehingga menyalahkan segala2nya demi mempertahankan diri bahawa “aku tidak sepatutnya dapat macam ni”..????korek hati tu dalam2 jika inginkan hidup yang tenang..tenang dalam erti kata ‘tidak berserabut dengan apa yang ditimpakan ke atas kita’…sudah menjadi lumrah dan normal bagi seseorang manusia untuk berasa kecewa dengan apa yang tidak diingini..tetapi perlu dilihat batasnya agar kita tidak tergolong dalam kelompok yang tidak membaca Rukun ke-6 dalam Rukun Islam..terima terima dan terima..yang baik2 kita reti pula nak terima..haaa, itu suda lebeyyyy..terima la dua2 sekali..
                Korek dalam2 hati tu..da dua kali ulang da ni..tanya balik pada diri soalan2 cepumas yang x perlu TOYOL untuk menjawabnya..tanya diri..sebelum ni, pernah x aku melakukan KHILAF??? Pernah x aku membohong(walaupun kecik)…pernah x aku menyakitkan hati org lain(walaupun sikit)…pernah x aku melakukan maksiat(walaupun maksiat mata dok tengok permandangan yang x sepatutnya)…pernah x aku mengucap kata2 yang x sepatutnya terucap oleh seseorang insane yang beriman???????kalau susah sangat nk jawab, biar aku je yang tolong jawab..semua tu pernah..berkali kali dah pun..dosa2 kecik macam tu la yang mungkin terbalas di dunia dengan didatangkan kepada kita bencana2 dan malapetaka2 yang kecik ke atas kita..tapi kita biasanya EGO badak..badak pun x seEgo kita barangkali..jadi bila nikmat keSEDAPan hati itu ditarik balik dan digantikan dengan bencana, kita akan mula berasa resah, gelisah, gundah, pelepah, menyampah, bersepah, berterabur dan sebagainya yang berkaitan..padan muka..sedangkan insan2 yang lebih ‘lurus’ daripada kita turut mendapat bencana, inikan pula kita yang seringkali terjerumus dalam arena2 yang tidak dituntut dalam agama kita..so, padan muka la kan..take it positively..keluar bahasa Mat Kilau pula malam ni..so what..who are we to deserve the superb2 one continuously??who are we to argued all those things that happened???
                Bila kawan2 mengadu masalah, reti pula nak pujuk “sabar la erk erk erk erk”..uwekkkkk..mana hilangnya nasihat tu di kala diri sendiri ditimpa musibah??mana luputnya SABAR yang teramat mudah untuk dijadikan nasihat kepada mereka2 yang ditimpa musibah..ambil Klorok atau Trojan atau apa2 serbuk pencuci, pergi bilas hati tu bersih2..kalau tegar sangat, masuk dalam mesin basuh 15kg, cuci dgn badan2 sekali..aku pun kadang2 kecewa dengan apa yang aku alami..tapi, mcm ni la aku counter balik apa yang aku KECEWAi..patutkah aku yang LOK LAK ini meminta2 yang baik2 saja utk berlaku sepanjang kehidupanku..ini baru kecik..baru hilang Broadband aku da menggelupur macam ayam belanda kena sembelih..mujurlah semua tu berlangsung dalam masa yang amat singkat..mujurlah aku teringat balik nasihat2 ku kepada kawan2 ku..BENGONG dan BANGANG rasanya bila aku sendiri yang terGOLEK DOQ bila aku mendapat musibah sedangkan aku sering menasihati kawan2ku untuk bersabar..
                Jadi, macam ni je la..walau apapun yang melanda kita, terimalah dengan hati yang terbuka..tentu kita pernah mengalami sesuatu yang lebih buruk beberapa tahun yang lepas, tetapi kita masih wujud hari ni..masih tegak berdiri sedangkan kita pernah hamper TOMBANG ketika melaui saat2 getir suatu ketika dahulu..itulah bukti kekuatan kita..itulah bukti kemampuan kita menghadapi ujian yang Allah SWT tujahkan kepada kita..tanya diri masing2, kita x bunuh diri kan, semasa sesuatu itu berlaku suatu ketika dulu…??kita x maki org tua kita kan masa kita bengang dengan certain2 perkara yang x diingini berlaku..so, kita masih kuat..benar la kata2 “Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu dihadapinya….”..entah2 problem yang kita rasa terlalu besar suatu ketika dulu, sudah pun dilupai..ntah2 tajuk problem itu pun da x ingat da sekarang ni..haha..
                Walaubagaimanapun, cuba la untuk memperbaiki diri..kalau x mampu buat semua(benda yang dituntut), jangan tinggalkan semua..kalau x boleh nk tinggalkan semua yang “terlarang”, cuba2 la meninggalkannya beransur2..InsyaAllah, di akhirnya nanti, kemanisan beriman dan bertakwa itu akan dirasai jua..masa tu nanti, datang la bala bencana yang benar2 DAHSYAT sekalipun, InsyaAllah kita akan laluinya denagn terurus tanpa rasa gusar lagi..
                Ingat lagi x cerita PENANAM CILI?????kalau kita dengan selamber dekk mempersendakan cili2 yang penanam tu tanam, agak2 marah x si penanam cili tu????jadi, x perlu la kita terlalu kecewa dengan apa yang dijadikan pada kita dalam hari2 yang kita lalui..itulah yang Allah berikan..TIADA DAYA DAN UPAYA KU MELAINKAN SEGALANYA DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT..kita perlu bersyukur kerana nikmat kewarasan itu masih lagi dimiliki..nikmat kenyang, nikmat melihat, nikmat merasa, mendengar dan bergerak masih lagi dimiliki..kenapa memandang pada musibah padahal nikmat yang Dia berikan jauh lebih SUPERB utk kita meneruskan kehidupan?bayangkan lah salah satu nikmat itu ditarik balik..nakdijadikan contoh..kaki yang kita gunakan untuk berjalan tetiba hilang fungsinya..aaaa, duduk la hang kat situ x boleh bergerak..bergerak pun guna kerusi roda je kot..masa tu baru la kita terfikir dan terbayang 1001 perkara yang pernah kita buat yang mengundang kemurkaanNya..itu baru kaki..masih lagi WARAS, MELIHAT dan SEBAGAINYA..nak dijadikan cerita, semua nikmat ditarik balik termasuk nikmat menghirup udara segar ciptaanNya..perghhhhh!!!!agak2 apakah maksud ku itu..MATI is it?? Astaghfirullahaladzhimmm..masa tu hapah pun x dapat..
                Sedarlah bahawa masih terlalu banyak untuk kita hargai dan nikmati selain beberapa musibah dan masalah yang bakal mewarnai kehidupan kita..bersyukurlah dengan kedua2nya sekali..jangan sampai segala nikmat yang dimiliki ditarik beransur2 dan akhirnya kita akan merasakan hidup ni tiada maknanya lagi bagi kita..
                Cukup la setakat ini coretanku kali ni..Assalamualaikum..
                

Tuesday 2 August 2011

jangan dok buat taik..

alahai..lamanya aku x menaip..nk cuba menaip dulu mlm ni..bnyk da input yang datang mengetuk pintu hati ni untuk berbisik sekali lagi..teringat saat mati, saat susah, saat derita dan saat BILA DA TUA..aaaa, kenapa pula SAAT DA TUA tu dihuruf besarkan..???aku je tau..aku x semestinya betul..aku juga manusia biasa seperti kalian..punya hati dan perasaan..juga punya pendapat yang bernas dan juga sebaliknya..haha..yg penting, aku meluahkannya di sini sebagai "replenishment" utk diriku dan jiwa2 yang menerimanya..
Bila kita ceghita saat2 menghadapi hari2 tua, bnyk juga yang aku dok bayangkan bila aku sendiri yang duduk kat tempat tu..hampir setiap hari aku fikir, ape yg bermain di hatiku kelak bila da TUA.....bila aku da x larat dan hanya mampu melihat...ish ish ish..itulah hakikat yang x semua kita terima dalam hidup kita..time muda2 ni boleh la kita mengembangkan sayap2 kedegilan dan kezaliman kita terhadap org2 sekeliling kita..cuba fikir sejenak di suatu ketika nanti, bila segala mak nenek sendi2 dan tulang temulang kita sudah loose, haaaa..try la degil..try la zalim sana sini..
jadi, apa yg aku ingin perborakkan disini, adalah utk peringatan diri sendiri dan juga peringatan kita semua..mungkin kita pernah terfikir situasi seperti ini tetapi terlupa sejenak..maklum la, sekarang ni kita lebih suka menilai sesuatu daripada OUTPUT..ramai termasuk aku suka sangat dok guna ayat bodo "lantak pi la nk jadi apa pun, janji aku senang"..dan bila senang itu datangnya dari yg x diredhai, maka akan kucar-kacirlah kehidupan dan berserabutllah segala pemikiran dan perbuatan..hambikkk ko..time muda2 ni dok "buat taik" dgn org lain..tipu sana sini, lawan sana sini dan 'pedajai' (menganiaya) sana sini..bez kan..sronok ya amattt..tapi........implikasinya bila da tua nanti amat buruk seburuk buruknya..
bayangkan la bila da tua nanti, orang yang dianiaya tu lebih "superb" daripada kita....jgn dok blagak dgn apa yg ada skang ni..anugerah, nikmat dan rezki itu Allah SWT yg bagi..x kira la time sekarang ni ko boleh berlagak naik kereta Lembugini, blagak x tentu hala..ber'pesyen' x tentu hala, menyakitkan hati org tu org ni..then bila da tua nnt, org yang kita aniaya tu, lg hebat..ditakdirkan ank dia beli kereta Lembugini sedozen utk ayh dia yg ko aniaya..rasa2nya, kalau boleh cabut kepala time tu, kompem nk sorok kepala dalam tempayan..sebab MALUUUUU ya amatttttt...masa tu baru nk flashback apa yg yg kita da buat dgn 'org tu' suatu ketika dulu..dia la yg kita sering sakiti...dia la yg kita buat x tauuuu je..sedih oiiii..time muda2 boley la blagak..cuba la berbaik2 dgn semua org..jgn ada dendam dan benci...jgn ada penganiayaan dan kezaliman..paling koman pun, boleh la tumpang kereta Lembugini yg ank dia beli..
Moral of the story, lagi bersepah taik yg kita tinggalkan time muda2, lagi kerap la kita rasa nk cabut kepala utk disorokkan dalam tempayan bila da tua nanti..semuanya jadi serba malu..MALU SEMALU MALUNYA bila berhadapan dgn org2 yg kita dok berak atas kapla dia..da tua baru nk terkenang masa muda yg BUAS, GANAS, KEJAM dan BONGKAK..kompem tunduk sepanjang masa..sekali kita sakitkan hati org, berkali kali kali kali kali kita akn dapat BAHANAnya..x rugi kita berbuat baik sesama manusia..jgn judge org sekeliling kita dgn MATA yg sepasang tu, nilai dgn MATA HATI..jgn jadikan usia tua sebagai usia yg paling memenatkan utk mengingati masa muda..ingat, rezki datangnya dari Allah SWT..sekali lagi, BERBAIK2LAH SESAMA MANUSIA.....dan, jangan dok BUAT TAIK merata2 kerana taik itu akan hinggap di muka sendiri suatu hari nanti..selamat beramal dan Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..=)

Monday 27 June 2011

Aku x sepatutnya......

Aikkk..lama juga hatiku x berbisik..ntah da berapa hari aku x usik ruangan ni..ermmmm..tergerak pula nak update hari ni..ada sesuatu nk dikongsikan bersama dgn pembaca..aku menulis ikut gerak hatiku..aku tidak berpandukan kepada apa yg telah ku susun, tapi apa yg ku tulis adalah apa yg kufikirkan pada masa ini..hehe..pelik gak kn kn kn..
sbenarnya, aku telah mengalami pengalaman yang apabila dilalui, menyedihkan, dan bila aku telah melaluinya, aku rasakan OKAY je..aku xnk la mention namanya kt sini, sebab aku sedikitpun x berdendam atau sakit hati dgn dia..malah aku berterima kasih kepada dia kerana sudi memberi pengajaran kepadaku..kerana apa yang dia bawa aku untuk lalui adalah satu pelajaran yang akan mendewasakan dan mematangkan aku..aku 'take positive' benda ni..so, lebih baik aku ceritakannya secara umum sebab aku pasti ramai yang melaluinya dan penerimaan kita berbeza-beza,,aku pun sekadar memberitahu apa yang kurasakan dan apa pendekatan yang ku ambil untuk mengatasi perasaan sebegini..
seringkali kita jatuh cinta, bercinta, dan akhirnya putus cinta..aku dulu pun macam tu jugak..bila time mengorat, sampai rasa macam nk putus urat tengkuk..bersemuka dgn yg dingorat pun 'bisa' meremang bulu roma..haha..itu la bahana jatuh cinta..perasaan sentiasa mencuba memenangi hatinya x pernah kenal erti jemu..x nmpak dia, nmpk ayah dia pun jadi laaa....x nmpak siapa2, nmpk rumah dia pun OK laaaa..haha..alahai, berbunga2 hati walaupun muka nampak 'legend'...berkobar2 semangat untuk menawan hati sidia..bangun tido, tido balik, muka dia je yang terbayang di mata..
THEN, bila da berjaya memilikinya, bercinta la kiranya..seboleh2nya xnk sedikitpun perbuatan kita yg boleh mengguriskan perasaan sidia..segalanya Untuknya..hahaha..keinginan sidia seboleh2nya dipenuhi tanpa rasa "berkira"..ucapan diatur dan kelakuan kdgkala "jadi org lain"..alangkah gembiranya rasa hati ketika itu..maka, mulalah JANJI2 ditaburkan pada saat2 seperti ini..harapan demi harapan diberi dan segalanya yang diungkapkan bagaikan diaturkan sendiri jalan ceritanya demi menuju apa yang diimpikan..hehe..bukan setakat kepada sidia sahaja komitmen diberi, pada mak bapak & saudara mara pun nk mempromosikan diri..jadi, harapan demi harapan, janji demi janji, impian demi impian ditaburkan bagaikan pasir di pesisiran pantai..
1 benda je yg x dpelajari PADA SAAT SEPERTI INI...Belajar menerima apa yang berkemungkinan berlaku..bila masing2 dah bahagia, segala kemungkinan yg x baik diletak di tepi..segala bencana diasingkan daripada episod cinta agar perjalanan cinta tidak terganggu....KONONNYA..tiada lagi perkataan "KALAU" ketika ini...example: "kalu kita berpisah nanti, mcm mana erkkk???"..sorry, semuanya ditenggelamkan oleh perasaan "confident like HELL" untuk tidak melaui benda2 yg tidak baik itu..semuanya di"TIDAK"kn..perghhhhhh..
Episod seterusnya, BILA CINTA ITU TERHENTI DI TENGAH JALAN!!!!! mula la rasa dianiaya, dizalimi dan sebagainya..itu la pasal, dulu masa berjanji sakan x pernah Ceghita pun apa nk buat bila da putus cinta..orang suruh buat raptai perpisahan .....DEGIL..hambikkk..segalanya jadi haru-biru..mandi x basah, makan pun x lalu..semua yg dilakukan serba x menjadi..pendek kata, semuanya x jadi..
PENGAJARAN DARIPADA PERJALANAN YANG TELAH SAYA DAN MUNGKIN ANDA LALUI NI......orait, senang je aku didik diriku..(1) kenapa aku perlu merayu sedangkan aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (2) kenapa aku berkeras juga utk dia kembali pdku sebab aku da sedia maklum bahawa aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (3) kenapa aku perlu jadi miliknya sedangkan bila dia da x suka kt aku maksudnya aku ni, X SPECIAL MANA PUN..so what for???AKU X DAPAT BERI JAMINAN BAHAWA AKU ADALAH YANG TERBAIK BAGINYA..KALAU YE PUNNNN DIA JADI MILIKKU, TIDAKKAH AKU TAKUT AKAN TERUNGKIT KISAH "RAYU MERAYU" AKU, BILA AKU X KURENGGGG SUATU HARI NANTI..x perlu sebenarnya..aku tahu apa yang ku miliki..lagipun, berumahtangga ni bukannya sehari dua..kang main hambekkkk je, last2 diri sendiri terasa tidak mampu yg terbaik, aaaaaa, mula la mengungkit2..
biarlah kita menerima dan diterima atas dasar perasaan..kalau next time aku jadi apa pun, dia pun masih berada disisiku..itu yang kita inginkan..Tucker cuma nk ingatkan diri sendiri sahaja..ayah Tucker pernah berpesan, pilihlah yang mana menyayangimu sepenuh hati dan menerimamu seadanya..jangan ingat nakkkkk je..biar sidia itu ikhlas menerimamu dan keadaanmu dari semua aspek..nescaya suatu hari nanti, tiada lagi dakwa-dakwi dan tiada lagi ungkit mengungkit di antara satu sama lain..
semasa bercinta, ceritakanlah segala kekurangan yang dirasakan ada pada diri sendiri dan terimalah pandangan sidia terhadap apa yang dimaklumkan..ceritakanlah apa yang mungkin bakal berlaku secara fizikal mahupun psikologi bila tindakan untuk bersama diambil senekad2nya..jangan BUTA kerana mencintai seseorang..semuanya dicampak ketepi..padahal, dalam sedar x sedar, penerimaannya adalah berdasarkan tujuan yang lebih dari 1..harta berjuta kalau hati BUSUK macam tong sampah pun tak guna..SEBAIK2NYA PASANGAN HIDUP ADALAH YANG SANGGUP MENERIMA KITA DAN KEADAAN KITA, SERTA SENTIASA MENYOKONG KITA WALAU DI MANAPUN KEDUDUKAN KITA..PERGHHHH, NESCAYA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..JANGAN KAWEN DENGAN TUJUAN LAIN..KAHWINLAH KERANA NIAT UNTUK MENAMBAHKAN UMAT DI MUKA BUMI, DAN NIAT DALAM HATI JANGANLAH MELENCONG TERHADAP BENDA LAIN..
ermmm...panjang jugak kn..lama da x ber'bLog' mcm ni la jadinya..maaf sekiranya terlepas cakap..tak de delete delete daa..main taip je ni..yang baik itu daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri..selamat MENDIDIK HATI..terima kehilangannya dan penjualan mahalnya kerana AKU X SPECIAL MANAPUN............hahahahaha..Assalamualaikum..