Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Sunday 22 May 2011

Hatiku tersentuh apabila......

bahang kepanasan bagai mencucuk2 menembusi liang romaku..lemah rasanya melangkahkan kakiku ke Stesen Keretapi Kajang pd petang td..kesantaian dan ke'relax'an pada hujung minggu bagaikan tidak sudi melepaskanku..tetapi aku tetap kuatkan hatiku untuk menyedari akan kewujudan situasi yang lagi menyampah dari apa yang aku rasakan..sesekali mataku menyorot pandangan ke arah manusia yang berpusu2 dan berbondong di segenap ceruk stesen tersebut..terdetik hatiku bertanya..."adakah mereka merasakan sepertiku...adakah mereka rasa lebih selesa dariku....ataupun, adakah yang sedang gelisah bagaikan sedang bertarung antara hidup dan mati.."Alhamdulillah, aku sedar akan pengorbanan..sesuatu perlu dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu..jadi, aku lepaskan ke'relax'an ku demi memastikan kelangsungan 'sen' di poketku..tak sampai 15minit penantianku, lalulah sebatang kenderaan panjang bertayar besi menuju ke arah stesen..tak lama lagi, akan ku tinggalkan Kajang untuk sesi minggu ini..bagaikan sudah terbiasa, kaki kananku akan melangkah masuk ke dalam tren tlebih dahulu..penuh pula dalam tren petang tu..aku pun dengan slumbernya berdiri di satu sudut bersandarkan "fire extinguisher"..ku labuhkan beg galas ku di atas lantai dan menggenggam erat beg sandangku sambil menarik nafas lega..aku memerhati sekelilingku dengan penuh ketenangan..aku cuba untuk meneka apakah yang terbuku di setiap benak penumpang dalam gerabak di mana aku berada..betapa indahnya kurasakan apabila aku berkesempatan untuk cuba merasakan apa yang mereka rasa..tersimpul senyuman ku di kala melihat berbagai telatah dan karenah manusia di sekelilingku..tanpa ku sedari, di satu sudut berhampiran dengan pintu gerabak, duduk seorang lelaki sedang mendukung anak kecilnya di atas lantai..Ya Allah, benarkah apa yang ku nampak di depan mataku ini??? itulah seorang ayah..sentiasa memberikan keselesaan pada anaknya tanpa mengira tempat dan juga keadaan..airmataku mula bergenang..di kiri kanan, depan dan belakangnya, duduklah manusia2 gagah yang langsung tidak mempedulikannya..aku mula bertarung dengan perasaan sedihku..mengapa begitu payah untuk manusia2 itu memberikan tempat duduk kepadanya??paling mengguris perasaanku, manusia2 disekelilingnya bagaikan tidak menyedari kehadirannya..sibuk menekan2 button handphone, membaca majalah, bergelak ketawa dan bergurau senda..adakah mereka buta untuk melihat apa yang berlaku???kini si ayah terangguk angguk mengantuk sambil mendukung anak kecilnya yang sudah terlena..aku mengambil peluang mengambil gambar secara curi2 apa yang berlaku..Ya Allah..aku tidak dapat menahan air mataku..ingin rasanya aku menegur manusia2 itu, tetapi tidak berdaya..aku berperang dengan emosi ku sendiri..stesen demi stesen aku lalui, tidaka ada seorangpun yang memberikan dua beranak ini tempat yang sepatutnya golongan mereka miliki..tidak sampai hati aku terus memandang ke arah mereka..lalu segera aku alihkan pandanganku ke luar tingkap walaupun bukan itu yang aku inginkan..kemana hilangnya nilai bertimbangrasa yang selama ini dilaung2 bgai nk rakkkk semasa di bangku sekolah..??kemana lucutnya jawatan "mata" untuk melaksanakan tugas untuk memerhati apa yang berlaku??aku terlalu sedih..tidak sabar rasanya aku melangkahkan kakiku keluar dari gerabak tersebut........remuk redam hatiku melihat keadaan yang sedemikian..arghhhh..tiba2 "Stesyen seterusnya, Seremban"..terhenti lamunanku lantaran mendengar pengumuman tersebut..cepat2 aku melangkahkan kakiku keluar dari gerabak yang menyedihkan itu..tetapi, kakiku terhenti seketika..seperti ada sesuatu yang belum lagi aku laksanakan..lalu aku pun berdiri diluar untuk menyaksikan apa yang berlaku seterusnya kepada dua beranak tadi..Alhamdulillah, si ayah sudah berada di tempat yang sepatutnya sambil mengucup dahi sikecil dengan penuh mesra..tanpa menghiraukan manusia2 di sekelilingku berasak2 keluar, aku mengangkat tangan ku melambai2 kepada 2 beranak yang masih di dalam keretapi itu..berbisik di dalam hatiku, semoga si ayah dan sikecil selamat tiba di destinasi yang dituju..si ayah cuma membalas senyumanku tanpa mengetahui yang dia telah diperhatikan sepanjang perjalanan itu tadi..setelah membalas senyumanku, pintu keretapi pun tertutup dan akan bergerak ke stesen yang seterusnya..tinggallah si ayah dan si kecil bersama2 manusia2 lain meneruskan perjalanan ke destinasi masing2..aku sambil tersenyum puas, mengorak langkahku meneruskan perjalananku..biarlah apa yang berlaku di depan ku sebentar tadi memberi kesedaran kepadaku..selamat beramal..salam..

Friday 20 May 2011

Besar Sangat Ke ?????

Tsunami, Gempa Bumi, Taufan dan yang sewaktu dengannya..bukan maksud Tucker untuk membicarakannya atas dasar kegerunan terhadap bencana2 tersebut, tapi Tucker ada maksud disebaliknya..BESAR SANGATKAH ANDA?sesungguhnya anda dan juga Tucker sendiri terlalu kerdil di atas muka bumi ini..ini juga salah satu cara untuk menyedarkan diri saya dan Insyaallah diri anda jua..x perlu kita mendongak melangit angkuh dan mendabik dada dengan apa yang kita CUMA PINJAM di atas muka bumi ini..salahkah kita untuk meletakkan diri kita pada tahap kesederhanaan..semakin jauh kita menjarakkan diri kita dengan orang lain, semakin buta hati kita untuk menyelami apa yang sedang berlaku kepada mereka yang kurang bernasib baik..semakin lupa kita akan apa yang tidak sepatutnya kita lupakan..kerana keangkuhan kita dan sifat berlebih2 kita, maka kita tidak akan berpisah dengan nilai2 yang mengheret kita ke lembah kebongkakkan..berbalik kepada intro Tucker tadi, sedar x yang bencana2 dan malapetaka yang besar itu mampu melenyapkan anda dan saya di muka bumi ini dengan sekelip mata..setinggi mana pangkat dan darjat bukan lawan yang setara denagn bencana dan malapetaka maha besar itu..jadi, kenapa sombong??kenapa laungkan "aku yang terhebat"???kenapa laungkan, "aku berpangkat besar, kau tu siapa"????kenapa lambat dan lembab kita laungkan "ALHAMDULILLAH"????bukankah semua yang kita miliki atas izinNya...sedarlah oiiiiii..aku juga ingin sedarkan diriku..bukan satu kesalahan untuk kita memiliki pangkat dan taraf yang tinggi, tapi itu bukan lesen untuk kita meletakkan diri kita hebat apabila disisi orang lain..siapa yang menilai semua kehebatan ini..sudah tentunya Dia Yang Maha Esa..jadi, x perlulah saya dan Insyaallah anda untuk membandingkan status saya dan anda dengan orang lain..sedar x????!!!!!!!!! HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENILAI KEMULIAAN MANUSIA..jangan semudah kepala hotak kita je menghina atau memandang rendah pada orang lain, edangkan kita tidak tahu bahawa mereka2 itu mungkin lebih MULIA di sisi Allah SWT..last but not least, untuk yang bergelumang dengan KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN selama ni, pliz tinggalkan those Fucking behaviour..jangan tunggu Tsunami mahupun Gempa Bumi mengubah Ideologi kita..itu sudah terlambat..da jadi mayat busuk dibawah timbunan sampah sarap..badan2 pun dah naik biru time tu..silap2, tangan dan kaki pun da bercerai dari badan..ada yang dikerat leher sebab nak ambil rantai kita yang berkilo2..memang kita dengan senang mengatakan yang itu bencana yang x dapat dielakkan, tapi tidakkah kita mengambil peluang kita selagi kita hidup untuk sekurang2nya memperbaiki diri-sendiri..At least kita pergi dalam keadaan yang 'baik' dan Insyaallah diterima disisiNya..aku juga macam anda..i am sorry..selamat beramal..salam...

Tingginya nilai KESABARAN..

Aku melalui detik2 yang terlalu menduga..bukan menduga fizikalku, tapi mentalku..kalau fizikal, ok la sikit..saat ku menghadapinya, tiba2 ku teringat akan pesan diriku sendiri.."paling ke belakang atau pejamkan mataku" untuk hentikan semua tu buat sementara..lalu ku pejamkan mataku dan ku hidupkan satu sistem yang paling berharga dalam jiwaku.."KESABARAN"..benar pesananku..seandainya ku terus menghadapinya tadi, entah apa yang bakal aku atau kamu saksikan..sudah tentu berlakunya sesuatu yang aku dan dirimu tidak inginkan..mujur aku pejamkan mataku seketika untuk membuat kalkulasi emosiku..aku sedar, KESABARAN itu amat tinggi nilainya..berapa ramai terkorbang angkara kegagalan menahan sabar..berapa ramai tewas gara2 gagal untuk bersabar, dan berapa ramai yang bertelingkah dan bertelagah setelah gagal bersabar....apa jua yang dilalui menuntut KESABARAN..awas, keegoan dan keriakkan penghadang KESABARAN..tafsiran yang salah tentang maruah, mengaburkan makna sebenar KESABARAN, menyempitkan pendekatan dan melebarkan jurang antara kasih dan kebencian..KESABARAN itu amat mulia dan mustahil untuk kecundang jika memilikinya..itulah nilai sebuah "KESABARAN"..slmt beramal..slm

Thursday 19 May 2011

Sesuka Hati Je..

Semua berhak ke atas tindakan masing2..segala tindakan samada betul ataupun salah adalah di tangan masing2..maka tidak hairanlah, sesiapa sahaja boleh berbuat sesuka hati mereka..begitu juga saya..tapi perlu ingat, kamu adalah apa yang kamu inginkan..jangan harapkan orang lain menghormati kamu bila kamu tidak reti menghormati orang lain..kalau kamu tidak mahu dirompak, kamu jangan buat macam tu kt orang, yakni merompak..kalau kau x suka ditengking, jangan menengking..kalau kau benci orang yang sombong, pliz don't be sombong..jangan harapkan prangai yang baik je dari orang, tetapi perangai diri sendiri macam sampah or longkang..terimalah apa2 jua tingkah laku orang yang menyakitkan, andai itu jua yang kamu amalkan..well, you can simply says that, kau berhak buat apa2..kalau macam tu la perangai yang diamalkan, amalkanlah sikap menerima perangai orang yang buat benda yang sama pada engkau..x perlu berbangga jadi org jahat or jd orang yg mudah menyakitkan hati orang lain..untuk apa semua itu..then, kamu akan terima balasan yang setimpal dengan apa kejahatan yang dikerjakan..bersihkan hati..Hidup x lama dan x pula sekejap..ia ngam2..agak2, berapa orang seteru yang akan anda tinggalkan bila anda mati 5 minit dari sekarang????ramai kn kn kn..apa salahnya meminta maaf..x rugi..kalau anda x salah pun, minta je maaf..buat baik pada orang yang jahat pada kita adalah sesuatu yang amat kiut...i realize that..=p selamat beramal..slm..

Monday 16 May 2011

Menanti Jawapan Yg x Pasti..

Alangkah indahnya bila segala yang diidamkan terjawab seperti yang dikehendaki..bahagia sekiranya jawapan yang diharapkan, menjadi kenyataan..andai dapat kuputarkan kembali masa lalu tanpa memadam memori yang terpahat, akan ku rintis dengan penuh cermat laluan yang penuh dengan rintangan agar tidak ku lalui jalan yang beronak yang telah ku ketahui..tidak akan ku redah belukar tempat beradu sang ular, dan tidakku renang sungai yang dihuni buaya kelaparan...Namun.....aku cumalah insan diantara berjuta2 lagi insan yang tidak mampu memutarkan masa yang hakiki ini..walau ku mampu memutarkan jarum jam ke belakang sekalipun ia tidak amampu merobah waktu yang telah ku rentasi..lalu ku terdiam sejenak..merenung akan kekuasaanNya dan mengagumi kebesaranNya..tiada akan wujudnyawaktu yang singkat mahupun panjang melainkan semuanya adalah tepat pada masanya..maka, siapakah aku untuk mendongak megah menongkat dagu ke langit??siapalah aku untuk menyaringkan suaraku agar didengari??siapalah aku untuk menggenggam segala yang ku ingini..sedangakan segala yang kononnya ku miliki cumalah pinjaman semata-mata..lalu ku bertekad untuk membuka mata memerhati dunia dengan penuh rasa kesyukuran..lantas ku memerhati sekelilingku, adakah mereka memikirkan seperti yang aku fikirkan??mungkin....sesungguhnya, apa yang aku inginkan adalah ketetapan dariNya..andai tiada izin dariNya, tiada jua akan jadi milikku biarpun ia di depan mata..ku langkahkan lagi kakiku memijak bumi yang nyata ini..kerdilnya aku untuk berbangga dengan diriku..andaiku rendahkan diriku, bukan bermakna aku hilangkan maruahku..tetapi, biarlah aku meletakkan diriku di kedudukan yang paling bawah agar tidakku lupa akan asal usulku..aku selesa begini, tanpa kemewahan dan keseronokan yang melampau..aku berpeluang menghayati erti kehidupan yang serba sederhana.....aku akan melangkah dan terus melangkah selagi nafasku belum dihentikan.....natijahnya, segala yang dinanti adalah JAWAPAN YANG TIDAK PASTI..kita merancang, Tuhan menentukan..salam..

Monday 9 May 2011

Semalam Yang Tenang..

Rupanya, semalam merupakan hari tenang ku yang terakhir..semalam la kali terakhir ku bersuka ria menikmati undang2 jadualku sendiri..hari ini, semuanya haru biru..setiap detik dan setiap saat adalah milik ***..inilah yang mnyebabkan aku rasa *** untuk berada di dalam ***..dengan kepanasan Port Dickson yang mencecah 35 darjah celcius, aku mengorak langkah ku memulakan hari ini dgn rasa longlai..persekitaranku bukan lagi seperti sebelum ini..tiada lagi masa "break" yg kutunggu2, tiada lagi pukul 4.30ptg yang selalu dinanti dan tiada kelengangan untuk ku mnatap FB yg kusayangi..betul tafsiranku, bila tiada jiwa terhadap sesuatu itu, perjalanan hidup akan sentiasa statik tidak menarik..ku redah shaja apa yang berlaku hari ini..handphone ku pun da seperti batu dalam beg aku..ish3..perlukah aku begini utk sepanjang hayatku..???tidak !!!!!!! *** bukan tempat utkku..semakin lama aku ***, semakin bnyak konflik yang akan timbul..satu point yang aku dapat pada hari ini..kenapa semasa *** berbunyi pada pukul ***, semua ter*** bila di kwsn ***..sedangkan bila berkumandangnya Azan, tiada seorang pun mengingatkan..kenapa perlu takut pd manusia terlebih dahulu??? satu lg..perlukah seseorang itu mengatakan bahawa "makanan yang dihidangkan adalah seperti ***???? kenapa ditanam sifat dan sikap seperti ini..SHIT..kepala saja mendongak ke atas, tp kosong..tiada yang difikirkan atau dikenangkan, cuma rasa megah dan bangga menyelubungi dirinya..aku tidak suka cara yg ditunjukkan dan dituntut utk diikuti itu..malah, terus trg dikatakan bahawa *** itu adalah dibawa oleh *** pada masa dulu..arghhhh..sedarkah bahawa, apa yang mereka bawa itu tidak perlu diikuti..ermmmm..tp, xpe la..aku di sini meneruskan perjlananku..aku x mampu melawan arus..aku cuma jaga kselamatanku..aku ikut apa org buat..tp x bermaksud aku setuju dengan Ideologi *** yang cuba kau terapkan pada ku..salam..

Thursday 5 May 2011

Keunikan Chinta..

Pernahkah anda rasa terlalu mencintai??pernahkah anda rasa, anda sekadar mencintai namanya sahaja, atau.....gambarnya sahaja..sampai tak pernah berenggang biarpun sekadar dengan gambar sidia??haha..dari wallpapper handphone hinggalah ke wallpapper laptop, terpampang gambar sidia..kala sendirian, meniti nama sidia dibibir anda..haha..itulah keunikan chinta.."Chinta masih berfungsi tanpa bicara".."Kehangatan perasaan Chinta tetap terasa tanpa hadirnya"..ish ish ish..jiwang pulak rasanya disaat2 Tucker menekan keyboard meluahkan isi hati yg sama2 kita miliki..semakin tinggi keikhlasan Chinta itu, semakin rendah keraguannya..Chintailah sidia walaupun sidia langsung tidak menyedarinya..salam..

Wednesday 4 May 2011

Jangan Cakap Macam Ni !!!!

Golongan tuttt selalu menggunakan Quote "selagi x kena tangkap, selagi tu x salah"..fuck!!penulis berasa amat tidak setuju dengan  pernyataan yang sedemikian..penulis sangat yankin bahawa apa yang selalu tuttt katakan ini adalah satu kenyataan yang salah sama sekali..tiada agama yang membenarkan penganutnya berbuat yang x baik..jadi, bila sesuatu itu di'list kn sebagai 'salah', maka ia adalah salah..bukan semata-mata tunggu kena tangkap baru seseorang itu dianggap bersalah..kenyataan "tak tangkap, x salah" hanya menunjukkan bahawa golongan itu cuma takut kepada Manusia semata-mata, dan bukan kepada penciptanya..yang salah tetap salah..yang ditangkap itu hanya untuk dibalas oleh manusia sahaja..adakah anda fikir bahawa manusia itu adalah "punisher" yang MUTLAK?????sudah tentu tidak sama sekali..Mungkin tidak berapa jelas apa yang penulis cuba terangkan..1 contoh:seorang penagih yang menagih telah menagih sejak berusia 10 tahun, hanya ditangkap semasa berumur 30 tahun..adakah golongan tuttt menganggap bahawa sepanjang tempoh 20 tahun penagih itu menagih dadah sebelum tertangkap, dia adalah TIDAK BERSALAH..sebab kebanyakan golongan tuttt menganggap "selagi x ditangkap, selagi tu x salah"..fuck!!..penulis dah mual dengan Quote tersebut yang dijadikan kebanggaan tuttt..di manakah letaknya "Iman" seseorang itu dengan hanya berpegang dan gentar kepada hukuman duniawi??di manakah kepercayaan mereka kepada hari pembalasan..UBAH !!! "Selagi bersalah, selagi itu akan dibalas"..kenapa malu untuk berkata sedemikian??bukankah kita dididik untuk melakukan kebaikan, dan jika kita melakukan kejahatan, maka kita akan menerima habuannya x kira di dunia ataupun di akhirat..kepada peminat tegar Quote "x tangkap, x salah", penulis cuma boleh menasihati..penulis tidak dapat mempengaruhi anda untuk menghentikan Quote kebanggaan anda itu..tapi pertimbangkanlah semula..tanya diri anda..adakah anda selamat dengan kejayaan anda melakukan kejahatan tanpa TERTANGKAP??? ingat, selagi anda melakukan kejahatan, balasannya tetap ada..untuk Quote kebanggaan tuttt dan tradisi tuttt berkata sedemikian, marilah kita sama2 renungkan apa yang telah tuttt ucapkan generasi demi generasi..AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR..jangan gadaikan pegangan anda semata2 sesuatu yang dibiasakan..BETULKAN YANG BIASA, BUKAN BIASAKAN YANG BIASA..sama2lah kita berubah demi kebaikan yang biarpun ianya dipandang remeh oleh segelintir tuttt..((SELAGI BERSALAH, SELAGI ITU AKAN DIBALAS))..Selamat Beramal..slm........

Monday 2 May 2011

Jangan Pandang Belakang..

bila da nekad untuk berbuat sesuatu, tetapkanlah hati, aturlah stategi, doakan kejaan anda, istikhomah, tawakal...jgn pandang ke belakang lagi kerana ia akan mengelirukan lagi matlamat anda..jangan kerana pengaruh luar yang mendesak atau menghalang impian anda, akhirnya anda akan keliru..Allah yang memberi rezeki....bukannya teman2 ataupun sedara mara..rezki ada di mana2..terpulang kepada individu masin2 utk memilih jalan mana yang dirasaskan selesa untuk meneruskan kehidupan..Yakin bahawa sesuatu yang anda sanggup ubah, akan mendatangkan kehidupan yang lebih bahagia dan lebbih memberi ketenangan kepada anda..jangan sesekali pandang ke belakang atau berputus asa..teruskan perjuangan dan doakan kejayaan..salam..