Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Monday, 27 June 2011

Aku x sepatutnya......

Aikkk..lama juga hatiku x berbisik..ntah da berapa hari aku x usik ruangan ni..ermmmm..tergerak pula nak update hari ni..ada sesuatu nk dikongsikan bersama dgn pembaca..aku menulis ikut gerak hatiku..aku tidak berpandukan kepada apa yg telah ku susun, tapi apa yg ku tulis adalah apa yg kufikirkan pada masa ini..hehe..pelik gak kn kn kn..
sbenarnya, aku telah mengalami pengalaman yang apabila dilalui, menyedihkan, dan bila aku telah melaluinya, aku rasakan OKAY je..aku xnk la mention namanya kt sini, sebab aku sedikitpun x berdendam atau sakit hati dgn dia..malah aku berterima kasih kepada dia kerana sudi memberi pengajaran kepadaku..kerana apa yang dia bawa aku untuk lalui adalah satu pelajaran yang akan mendewasakan dan mematangkan aku..aku 'take positive' benda ni..so, lebih baik aku ceritakannya secara umum sebab aku pasti ramai yang melaluinya dan penerimaan kita berbeza-beza,,aku pun sekadar memberitahu apa yang kurasakan dan apa pendekatan yang ku ambil untuk mengatasi perasaan sebegini..
seringkali kita jatuh cinta, bercinta, dan akhirnya putus cinta..aku dulu pun macam tu jugak..bila time mengorat, sampai rasa macam nk putus urat tengkuk..bersemuka dgn yg dingorat pun 'bisa' meremang bulu roma..haha..itu la bahana jatuh cinta..perasaan sentiasa mencuba memenangi hatinya x pernah kenal erti jemu..x nmpak dia, nmpk ayah dia pun jadi laaa....x nmpak siapa2, nmpk rumah dia pun OK laaaa..haha..alahai, berbunga2 hati walaupun muka nampak 'legend'...berkobar2 semangat untuk menawan hati sidia..bangun tido, tido balik, muka dia je yang terbayang di mata..
THEN, bila da berjaya memilikinya, bercinta la kiranya..seboleh2nya xnk sedikitpun perbuatan kita yg boleh mengguriskan perasaan sidia..segalanya Untuknya..hahaha..keinginan sidia seboleh2nya dipenuhi tanpa rasa "berkira"..ucapan diatur dan kelakuan kdgkala "jadi org lain"..alangkah gembiranya rasa hati ketika itu..maka, mulalah JANJI2 ditaburkan pada saat2 seperti ini..harapan demi harapan diberi dan segalanya yang diungkapkan bagaikan diaturkan sendiri jalan ceritanya demi menuju apa yang diimpikan..hehe..bukan setakat kepada sidia sahaja komitmen diberi, pada mak bapak & saudara mara pun nk mempromosikan diri..jadi, harapan demi harapan, janji demi janji, impian demi impian ditaburkan bagaikan pasir di pesisiran pantai..
1 benda je yg x dpelajari PADA SAAT SEPERTI INI...Belajar menerima apa yang berkemungkinan berlaku..bila masing2 dah bahagia, segala kemungkinan yg x baik diletak di tepi..segala bencana diasingkan daripada episod cinta agar perjalanan cinta tidak terganggu....KONONNYA..tiada lagi perkataan "KALAU" ketika ini...example: "kalu kita berpisah nanti, mcm mana erkkk???"..sorry, semuanya ditenggelamkan oleh perasaan "confident like HELL" untuk tidak melaui benda2 yg tidak baik itu..semuanya di"TIDAK"kn..perghhhhhh..
Episod seterusnya, BILA CINTA ITU TERHENTI DI TENGAH JALAN!!!!! mula la rasa dianiaya, dizalimi dan sebagainya..itu la pasal, dulu masa berjanji sakan x pernah Ceghita pun apa nk buat bila da putus cinta..orang suruh buat raptai perpisahan .....DEGIL..hambikkk..segalanya jadi haru-biru..mandi x basah, makan pun x lalu..semua yg dilakukan serba x menjadi..pendek kata, semuanya x jadi..
PENGAJARAN DARIPADA PERJALANAN YANG TELAH SAYA DAN MUNGKIN ANDA LALUI NI......orait, senang je aku didik diriku..(1) kenapa aku perlu merayu sedangkan aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (2) kenapa aku berkeras juga utk dia kembali pdku sebab aku da sedia maklum bahawa aku ni, X SPECIAL MANA PUN... (3) kenapa aku perlu jadi miliknya sedangkan bila dia da x suka kt aku maksudnya aku ni, X SPECIAL MANA PUN..so what for???AKU X DAPAT BERI JAMINAN BAHAWA AKU ADALAH YANG TERBAIK BAGINYA..KALAU YE PUNNNN DIA JADI MILIKKU, TIDAKKAH AKU TAKUT AKAN TERUNGKIT KISAH "RAYU MERAYU" AKU, BILA AKU X KURENGGGG SUATU HARI NANTI..x perlu sebenarnya..aku tahu apa yang ku miliki..lagipun, berumahtangga ni bukannya sehari dua..kang main hambekkkk je, last2 diri sendiri terasa tidak mampu yg terbaik, aaaaaa, mula la mengungkit2..
biarlah kita menerima dan diterima atas dasar perasaan..kalau next time aku jadi apa pun, dia pun masih berada disisiku..itu yang kita inginkan..Tucker cuma nk ingatkan diri sendiri sahaja..ayah Tucker pernah berpesan, pilihlah yang mana menyayangimu sepenuh hati dan menerimamu seadanya..jangan ingat nakkkkk je..biar sidia itu ikhlas menerimamu dan keadaanmu dari semua aspek..nescaya suatu hari nanti, tiada lagi dakwa-dakwi dan tiada lagi ungkit mengungkit di antara satu sama lain..
semasa bercinta, ceritakanlah segala kekurangan yang dirasakan ada pada diri sendiri dan terimalah pandangan sidia terhadap apa yang dimaklumkan..ceritakanlah apa yang mungkin bakal berlaku secara fizikal mahupun psikologi bila tindakan untuk bersama diambil senekad2nya..jangan BUTA kerana mencintai seseorang..semuanya dicampak ketepi..padahal, dalam sedar x sedar, penerimaannya adalah berdasarkan tujuan yang lebih dari 1..harta berjuta kalau hati BUSUK macam tong sampah pun tak guna..SEBAIK2NYA PASANGAN HIDUP ADALAH YANG SANGGUP MENERIMA KITA DAN KEADAAN KITA, SERTA SENTIASA MENYOKONG KITA WALAU DI MANAPUN KEDUDUKAN KITA..PERGHHHH, NESCAYA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..JANGAN KAWEN DENGAN TUJUAN LAIN..KAHWINLAH KERANA NIAT UNTUK MENAMBAHKAN UMAT DI MUKA BUMI, DAN NIAT DALAM HATI JANGANLAH MELENCONG TERHADAP BENDA LAIN..
ermmm...panjang jugak kn..lama da x ber'bLog' mcm ni la jadinya..maaf sekiranya terlepas cakap..tak de delete delete daa..main taip je ni..yang baik itu daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri..selamat MENDIDIK HATI..terima kehilangannya dan penjualan mahalnya kerana AKU X SPECIAL MANAPUN............hahahahaha..Assalamualaikum..

Thursday, 16 June 2011

Cerita Beluncas..

pernah x kalian melihat beluncas..?pernahkah anda mengambil masa beberapa ketika untuk memerhatikannya..?seekor beluncas yang terkial2 dan berhempas pulas untuk keluar daripada kepompongnya..sekali pandang, kita melihatnya seolah-olah tersiksa untuk mengeluarkan dirinya dan seterusnya terbang seperti rama-rama yang lain..sebenarnya sangkaan seperti itu adalah silap..kepayahan dan dugaan yang dilaui oleh beluncas tadi adalah satu persediaan untuk menguatkan dirinya apabila keluar daripada kepompong itu kelak..kesukaran yang kita lihat itu adalah proses untuk menguatkan anggota-anggota badannya sebelum rama-rama itu boleh terbang seperti rama-rama yang lain..
seorang profesor telah melakukan kajian terhadap beluncas yang masih berada di dalam kepompong..dikoyanknya kepompong tersebut untuk membolehkan rama-rama itu keluar untuk terbang..tanggapannya meleset, apabila rama-rama tersebut lumpuh dan langsung tidak terdaya untuk terbang..
moral of the story..harus kita tanam dalam jiwa kita bahawa, kepayahan dan keperitan itu adalah proses untuk menguatkan jiwa kita..keperitan itu umpama beluncas yang bergerak-gerak meronta-ronta di dalam kepompong..apa yang beluncas itu dapat???kekuatan untuk terbang seperti rama-rama yang lain..begitu juga kita..tanpa melalui kepayahan dan dugaan yang berbagai, kita x akan dapat kekuatan sebagai bekalan menghadapi masa hadapan..lalui segala dugaan tanpa mengenal jerih dan payah..sebab itulah yang akan menguatkan anda untuk menghadapi hari-hari sterusnya..
Tiada dugaan, maka tiada pengajaran dan pengalaman..seterusnya anda akan jadi "monotone"..tidak berganjak menempuh kedewasaan..TAHAN BANTING, BADAI PASTI BERLALU..selamat beramal..

Sunday, 22 May 2011

Hatiku tersentuh apabila......

bahang kepanasan bagai mencucuk2 menembusi liang romaku..lemah rasanya melangkahkan kakiku ke Stesen Keretapi Kajang pd petang td..kesantaian dan ke'relax'an pada hujung minggu bagaikan tidak sudi melepaskanku..tetapi aku tetap kuatkan hatiku untuk menyedari akan kewujudan situasi yang lagi menyampah dari apa yang aku rasakan..sesekali mataku menyorot pandangan ke arah manusia yang berpusu2 dan berbondong di segenap ceruk stesen tersebut..terdetik hatiku bertanya..."adakah mereka merasakan sepertiku...adakah mereka rasa lebih selesa dariku....ataupun, adakah yang sedang gelisah bagaikan sedang bertarung antara hidup dan mati.."Alhamdulillah, aku sedar akan pengorbanan..sesuatu perlu dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu..jadi, aku lepaskan ke'relax'an ku demi memastikan kelangsungan 'sen' di poketku..tak sampai 15minit penantianku, lalulah sebatang kenderaan panjang bertayar besi menuju ke arah stesen..tak lama lagi, akan ku tinggalkan Kajang untuk sesi minggu ini..bagaikan sudah terbiasa, kaki kananku akan melangkah masuk ke dalam tren tlebih dahulu..penuh pula dalam tren petang tu..aku pun dengan slumbernya berdiri di satu sudut bersandarkan "fire extinguisher"..ku labuhkan beg galas ku di atas lantai dan menggenggam erat beg sandangku sambil menarik nafas lega..aku memerhati sekelilingku dengan penuh ketenangan..aku cuba untuk meneka apakah yang terbuku di setiap benak penumpang dalam gerabak di mana aku berada..betapa indahnya kurasakan apabila aku berkesempatan untuk cuba merasakan apa yang mereka rasa..tersimpul senyuman ku di kala melihat berbagai telatah dan karenah manusia di sekelilingku..tanpa ku sedari, di satu sudut berhampiran dengan pintu gerabak, duduk seorang lelaki sedang mendukung anak kecilnya di atas lantai..Ya Allah, benarkah apa yang ku nampak di depan mataku ini??? itulah seorang ayah..sentiasa memberikan keselesaan pada anaknya tanpa mengira tempat dan juga keadaan..airmataku mula bergenang..di kiri kanan, depan dan belakangnya, duduklah manusia2 gagah yang langsung tidak mempedulikannya..aku mula bertarung dengan perasaan sedihku..mengapa begitu payah untuk manusia2 itu memberikan tempat duduk kepadanya??paling mengguris perasaanku, manusia2 disekelilingnya bagaikan tidak menyedari kehadirannya..sibuk menekan2 button handphone, membaca majalah, bergelak ketawa dan bergurau senda..adakah mereka buta untuk melihat apa yang berlaku???kini si ayah terangguk angguk mengantuk sambil mendukung anak kecilnya yang sudah terlena..aku mengambil peluang mengambil gambar secara curi2 apa yang berlaku..Ya Allah..aku tidak dapat menahan air mataku..ingin rasanya aku menegur manusia2 itu, tetapi tidak berdaya..aku berperang dengan emosi ku sendiri..stesen demi stesen aku lalui, tidaka ada seorangpun yang memberikan dua beranak ini tempat yang sepatutnya golongan mereka miliki..tidak sampai hati aku terus memandang ke arah mereka..lalu segera aku alihkan pandanganku ke luar tingkap walaupun bukan itu yang aku inginkan..kemana hilangnya nilai bertimbangrasa yang selama ini dilaung2 bgai nk rakkkk semasa di bangku sekolah..??kemana lucutnya jawatan "mata" untuk melaksanakan tugas untuk memerhati apa yang berlaku??aku terlalu sedih..tidak sabar rasanya aku melangkahkan kakiku keluar dari gerabak tersebut........remuk redam hatiku melihat keadaan yang sedemikian..arghhhh..tiba2 "Stesyen seterusnya, Seremban"..terhenti lamunanku lantaran mendengar pengumuman tersebut..cepat2 aku melangkahkan kakiku keluar dari gerabak yang menyedihkan itu..tetapi, kakiku terhenti seketika..seperti ada sesuatu yang belum lagi aku laksanakan..lalu aku pun berdiri diluar untuk menyaksikan apa yang berlaku seterusnya kepada dua beranak tadi..Alhamdulillah, si ayah sudah berada di tempat yang sepatutnya sambil mengucup dahi sikecil dengan penuh mesra..tanpa menghiraukan manusia2 di sekelilingku berasak2 keluar, aku mengangkat tangan ku melambai2 kepada 2 beranak yang masih di dalam keretapi itu..berbisik di dalam hatiku, semoga si ayah dan sikecil selamat tiba di destinasi yang dituju..si ayah cuma membalas senyumanku tanpa mengetahui yang dia telah diperhatikan sepanjang perjalanan itu tadi..setelah membalas senyumanku, pintu keretapi pun tertutup dan akan bergerak ke stesen yang seterusnya..tinggallah si ayah dan si kecil bersama2 manusia2 lain meneruskan perjalanan ke destinasi masing2..aku sambil tersenyum puas, mengorak langkahku meneruskan perjalananku..biarlah apa yang berlaku di depan ku sebentar tadi memberi kesedaran kepadaku..selamat beramal..salam..

Friday, 20 May 2011

Besar Sangat Ke ?????

Tsunami, Gempa Bumi, Taufan dan yang sewaktu dengannya..bukan maksud Tucker untuk membicarakannya atas dasar kegerunan terhadap bencana2 tersebut, tapi Tucker ada maksud disebaliknya..BESAR SANGATKAH ANDA?sesungguhnya anda dan juga Tucker sendiri terlalu kerdil di atas muka bumi ini..ini juga salah satu cara untuk menyedarkan diri saya dan Insyaallah diri anda jua..x perlu kita mendongak melangit angkuh dan mendabik dada dengan apa yang kita CUMA PINJAM di atas muka bumi ini..salahkah kita untuk meletakkan diri kita pada tahap kesederhanaan..semakin jauh kita menjarakkan diri kita dengan orang lain, semakin buta hati kita untuk menyelami apa yang sedang berlaku kepada mereka yang kurang bernasib baik..semakin lupa kita akan apa yang tidak sepatutnya kita lupakan..kerana keangkuhan kita dan sifat berlebih2 kita, maka kita tidak akan berpisah dengan nilai2 yang mengheret kita ke lembah kebongkakkan..berbalik kepada intro Tucker tadi, sedar x yang bencana2 dan malapetaka yang besar itu mampu melenyapkan anda dan saya di muka bumi ini dengan sekelip mata..setinggi mana pangkat dan darjat bukan lawan yang setara denagn bencana dan malapetaka maha besar itu..jadi, kenapa sombong??kenapa laungkan "aku yang terhebat"???kenapa laungkan, "aku berpangkat besar, kau tu siapa"????kenapa lambat dan lembab kita laungkan "ALHAMDULILLAH"????bukankah semua yang kita miliki atas izinNya...sedarlah oiiiiii..aku juga ingin sedarkan diriku..bukan satu kesalahan untuk kita memiliki pangkat dan taraf yang tinggi, tapi itu bukan lesen untuk kita meletakkan diri kita hebat apabila disisi orang lain..siapa yang menilai semua kehebatan ini..sudah tentunya Dia Yang Maha Esa..jadi, x perlulah saya dan Insyaallah anda untuk membandingkan status saya dan anda dengan orang lain..sedar x????!!!!!!!!! HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENILAI KEMULIAAN MANUSIA..jangan semudah kepala hotak kita je menghina atau memandang rendah pada orang lain, edangkan kita tidak tahu bahawa mereka2 itu mungkin lebih MULIA di sisi Allah SWT..last but not least, untuk yang bergelumang dengan KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN selama ni, pliz tinggalkan those Fucking behaviour..jangan tunggu Tsunami mahupun Gempa Bumi mengubah Ideologi kita..itu sudah terlambat..da jadi mayat busuk dibawah timbunan sampah sarap..badan2 pun dah naik biru time tu..silap2, tangan dan kaki pun da bercerai dari badan..ada yang dikerat leher sebab nak ambil rantai kita yang berkilo2..memang kita dengan senang mengatakan yang itu bencana yang x dapat dielakkan, tapi tidakkah kita mengambil peluang kita selagi kita hidup untuk sekurang2nya memperbaiki diri-sendiri..At least kita pergi dalam keadaan yang 'baik' dan Insyaallah diterima disisiNya..aku juga macam anda..i am sorry..selamat beramal..salam...

Tingginya nilai KESABARAN..

Aku melalui detik2 yang terlalu menduga..bukan menduga fizikalku, tapi mentalku..kalau fizikal, ok la sikit..saat ku menghadapinya, tiba2 ku teringat akan pesan diriku sendiri.."paling ke belakang atau pejamkan mataku" untuk hentikan semua tu buat sementara..lalu ku pejamkan mataku dan ku hidupkan satu sistem yang paling berharga dalam jiwaku.."KESABARAN"..benar pesananku..seandainya ku terus menghadapinya tadi, entah apa yang bakal aku atau kamu saksikan..sudah tentu berlakunya sesuatu yang aku dan dirimu tidak inginkan..mujur aku pejamkan mataku seketika untuk membuat kalkulasi emosiku..aku sedar, KESABARAN itu amat tinggi nilainya..berapa ramai terkorbang angkara kegagalan menahan sabar..berapa ramai tewas gara2 gagal untuk bersabar, dan berapa ramai yang bertelingkah dan bertelagah setelah gagal bersabar....apa jua yang dilalui menuntut KESABARAN..awas, keegoan dan keriakkan penghadang KESABARAN..tafsiran yang salah tentang maruah, mengaburkan makna sebenar KESABARAN, menyempitkan pendekatan dan melebarkan jurang antara kasih dan kebencian..KESABARAN itu amat mulia dan mustahil untuk kecundang jika memilikinya..itulah nilai sebuah "KESABARAN"..slmt beramal..slm

Thursday, 19 May 2011

Sesuka Hati Je..

Semua berhak ke atas tindakan masing2..segala tindakan samada betul ataupun salah adalah di tangan masing2..maka tidak hairanlah, sesiapa sahaja boleh berbuat sesuka hati mereka..begitu juga saya..tapi perlu ingat, kamu adalah apa yang kamu inginkan..jangan harapkan orang lain menghormati kamu bila kamu tidak reti menghormati orang lain..kalau kamu tidak mahu dirompak, kamu jangan buat macam tu kt orang, yakni merompak..kalau kau x suka ditengking, jangan menengking..kalau kau benci orang yang sombong, pliz don't be sombong..jangan harapkan prangai yang baik je dari orang, tetapi perangai diri sendiri macam sampah or longkang..terimalah apa2 jua tingkah laku orang yang menyakitkan, andai itu jua yang kamu amalkan..well, you can simply says that, kau berhak buat apa2..kalau macam tu la perangai yang diamalkan, amalkanlah sikap menerima perangai orang yang buat benda yang sama pada engkau..x perlu berbangga jadi org jahat or jd orang yg mudah menyakitkan hati orang lain..untuk apa semua itu..then, kamu akan terima balasan yang setimpal dengan apa kejahatan yang dikerjakan..bersihkan hati..Hidup x lama dan x pula sekejap..ia ngam2..agak2, berapa orang seteru yang akan anda tinggalkan bila anda mati 5 minit dari sekarang????ramai kn kn kn..apa salahnya meminta maaf..x rugi..kalau anda x salah pun, minta je maaf..buat baik pada orang yang jahat pada kita adalah sesuatu yang amat kiut...i realize that..=p selamat beramal..slm..

Monday, 16 May 2011

Menanti Jawapan Yg x Pasti..

Alangkah indahnya bila segala yang diidamkan terjawab seperti yang dikehendaki..bahagia sekiranya jawapan yang diharapkan, menjadi kenyataan..andai dapat kuputarkan kembali masa lalu tanpa memadam memori yang terpahat, akan ku rintis dengan penuh cermat laluan yang penuh dengan rintangan agar tidak ku lalui jalan yang beronak yang telah ku ketahui..tidak akan ku redah belukar tempat beradu sang ular, dan tidakku renang sungai yang dihuni buaya kelaparan...Namun.....aku cumalah insan diantara berjuta2 lagi insan yang tidak mampu memutarkan masa yang hakiki ini..walau ku mampu memutarkan jarum jam ke belakang sekalipun ia tidak amampu merobah waktu yang telah ku rentasi..lalu ku terdiam sejenak..merenung akan kekuasaanNya dan mengagumi kebesaranNya..tiada akan wujudnyawaktu yang singkat mahupun panjang melainkan semuanya adalah tepat pada masanya..maka, siapakah aku untuk mendongak megah menongkat dagu ke langit??siapalah aku untuk menyaringkan suaraku agar didengari??siapalah aku untuk menggenggam segala yang ku ingini..sedangakan segala yang kononnya ku miliki cumalah pinjaman semata-mata..lalu ku bertekad untuk membuka mata memerhati dunia dengan penuh rasa kesyukuran..lantas ku memerhati sekelilingku, adakah mereka memikirkan seperti yang aku fikirkan??mungkin....sesungguhnya, apa yang aku inginkan adalah ketetapan dariNya..andai tiada izin dariNya, tiada jua akan jadi milikku biarpun ia di depan mata..ku langkahkan lagi kakiku memijak bumi yang nyata ini..kerdilnya aku untuk berbangga dengan diriku..andaiku rendahkan diriku, bukan bermakna aku hilangkan maruahku..tetapi, biarlah aku meletakkan diriku di kedudukan yang paling bawah agar tidakku lupa akan asal usulku..aku selesa begini, tanpa kemewahan dan keseronokan yang melampau..aku berpeluang menghayati erti kehidupan yang serba sederhana.....aku akan melangkah dan terus melangkah selagi nafasku belum dihentikan.....natijahnya, segala yang dinanti adalah JAWAPAN YANG TIDAK PASTI..kita merancang, Tuhan menentukan..salam..