- Tiada keikhlasan melakukan sesuatu itu..
- Menzholimi orang lain..
- meletakkan diri dalam keadaan tertekan..
- produktiviti dan kualiti berkurang..
- segala yang dilakukan serba tidak kena..
- tidak ceria..
Bisikan Hati Kita
Saturday, 30 April 2011
Buat Je Apa yg Anda Suka.
Buat je apa yang kita suka..jangan kerana dipengaruhi atau terpaksa, kita kena menurut dan menjadikan sesuatu yang kita buat itu sebagai jantung yang diulam dengan hati..tapi ingat, walaupun penulis berkata sedemikian, syaratnya ialah...selagi benda itu tidak melanggar Undang-undang Negara dan tidak melanggar Hukum yang ditetapkan oleh Agama..kenapa perlu buat sesuatu yang diluar keselesaan..tidakkah itu akan menyebabkan diri terasa amat terseksa dan suram sepanjang mengharunginya..bila sudah rasa tidak selesa dan terpaksa, akan timbul akibat seperti:
Thursday, 28 April 2011
Hanya Jauhari yg Mengenal Manikam..
Don't judge a book by it's Cover..jgn menilai seseorng manusia itu daripada apa yang kita nampak di luarnya sahaja..adakah mustahil untuk menyelami hati seseorang..??adakah kita perlu melakukan fitnah seandainya andaiaan terhadap seseorang itu sentiasa buruk??ish3, jangan..jangan mudah mengatakan yg itu n yg ini kepada seseorang kerana hanya org itu sendiri yg mengenal hatinya sendiri, apa yang dia inginkan dan apa yang dia x ingin..kita hanya mampu memberi nasihat sekiranya sesuatu itu bertentangan dengan Agama atau Perundangan ataupun mendatangkan kemudharatan..biar penulis memberi satu gambaran yang jelas mengenai situasi ini:
- Seseorang Yang Tidak Selesa Dengan Kerjanya. Tiada seorangpun yang dapat memberi jaminan terhadap apa yang dirasai oleh pelaku..hanya pelaku sahaja yang tahu berkenaan dengan apa yang dia lakukan..mungkin kita hanya melihat keselesaannya, kebahagiaannya dan keceriaannya..siapa yang dapat melihat jauh ke dasar hatinya..hatinya memberontak dan doanya tidak putus2 demi ketabahan hati dalam meneruskan apa yang dilakukannya..perkara sebegini timbul kerana banyak berlaku perkara tutttt dalam apa yang sedang dia lakukan..disebabkan dia terpaksa terikat dengan tuttt, si pelaku tadi tidak dapat melawan arus dan berusaha meneruskan apa yang dilakukan..kita tidak boleh mengatakan apa yang si pelaku buat itu adalah yang terbaik baginya..hanya dia sahaja yang mengetahui konflik yang bergolak di persekitarannya..hormatilah dia..jgn hanya kerana tanggapan kita, si pelaku terpaksa bergelut dgn situasi yg tidak mnyenangkannya seterusnya mempengaruhi produktiviti dan kualiti..si pelaku tahu apa yang mampu dihadapinya dan apa risiko yang diterimanya atas keputusan yg dilakukan..
- Hidup ini Tidak Singkat dan Tidak Pula Panjang. Siapa kata hidup ini singkat??dan siapa pula yang kata hidup ini panjang??jadi kenapa meneruskan apa yang dilakukan sedangkan ia tidak menyenangkan..klu perlu untuk anda 'quit', lakukannya..anda tidak melakukan kesilapan..ingat lagi x apa yang penulis da tulis sebelum ni..rezeki Allah yang bagi..bukan tutttt, kawan2, adik beradik atau sebagainya..kaya seseorang itu kerana keHARAMan pendapatannya, x akan kekal lama..dia masih ada ank2 dan cucu2 untuk menanggung bahananya..jarang kita mengucap syukur apabila mendapat rezeki..kita lebih cepat berkata.."Thankz my friend, u r the best..".."TQ fren..nasib baik kau tolong aku".."ish3, kalau xde you my fren, aku x akn jd mcm ni"..x salah mengucapkan kata2 itu tanda penghargaan..tp pokok pangkalnya, siapa yg memberikannya???Fren yg menolong kita itu pun kerana dengan izinNya..berbalik pada crita td, kita buat sahaja apa yang kita mampu tanganinya dan jgn berhenti berdoa dan terus berdoa.."kecil x semestinya rugi, besar x semestinya untung"..
Tipu 1 = Banyak Tipu..
Kerap kali penulis mendengar pengakuan, Membohong dan Menipu adalah langkah yang bijak dalam menyelesaikan masalah..ia adalah jalan untuk melarikan diri daripada perkara yang sebenar yang berkemungkinan akan mendatangkan situasi yg tidak diingini(pada pandangan si penipu dan pembohong)..di sini, penulis ingin berkongsi pendapat bagi menyedarkan diri penulis sbenarnya tentang kisah Menipu @ Berbohong..
- 1 Tipu(Bohong) = Banyak Tipu(B0hong)..Spesis ini akan menjeratkan dirinya sendiri kerana berbuat sedemikian..Bayangkan, segalanya bermula daripada pembohongan yang pertama..dari bohongan yang pertama itu, dia kena menipu sekali lagi utk penipuan yang kedua..demi "cover" tipu yang pertama..begitulah selanjutnya hingga semua fakta yg dinyatakan mencecah beribu2 penipuan..pada pendapat penulis, x pernah lagi penipu mencatat segala fakta tipunya pada buku nota utk rujukan..maka, bahananya ialah, si penipu itu td akan lupa setiap fakta yg telah dijadikannya sebagai penipuan..hahaha.. in the end of the day, dia sendiri akan terperangkap dalam kisah yang skripnya ditulis oleh diri sendiri..Jelas,Sekiranya kita berkata benar tanpa penipuan, kita akn sentiasa tetap dgn satu fakta yang kita sudah tentu ingat..biarpun perjalanan ceritanya begitu panjang..tentu kita pernah menceritakan kisah silam kita pd kawan2..semua kawan kita akan dpt cerita yg sama walaupun masa bercerita adalah berbeza, dan kdg2 cerita itu terlalu panjang..jelas kn kawan2..jadi, kalau benar2 ingin membohong, bawa buku nota.. tapi ingat "ia adalah perbuatan yg mengundang kemurkaan Yang Maha Esa"..adakah anda rasa akan dibantu...ohhhhh tidak sama sekali
Wednesday, 27 April 2011
Kenapa Aku Tunggu?
Kenapa perlu menunggu pada yang x pasti?adakah perasaan itu betul2 diyakini ataupun sekadar menghias hari2 mu?Oh tidak!! aku tetap menunggumu kerana:
- Bukan urusanku untuk menentukan, aku cuma merancang & itulah rancanganku..
- Ia belum mustahil untukku jadikan kenyataan..
- Selagi ia tidak bertentangan dgn agama dan perundangan negara..
- Hak mutlak terhadap perasaanku..begitu juga sidia..
- aku yakin yang aku amat2 suka padamu..
- Dia bukan muhrimku..!!
- Hanya dia yang sering terbayang sepanjang hariku..=)
Tuesday, 26 April 2011
Aku Tunggu..
Ya..apa yang 'ya"??ya, aku merasakan yang aku bnr2 serius..hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..tapi aku x pnh terhenti menyebut namamu, menatap gambarmu dan merinduimu..tiada yang lalu di depanku mahupun dari belakangku yang mengalih perhatianku terhadap mu..pernahku mengeluh.."aihh, xpe la..mainan perasaan je tu..lama2 nanti, hilang la dia"...haha..ternyata aku tersilap..hari demi hari berlalu, aku berbekalkan perasaan yang sama sepanjang hari..aku x pernah jemu atau perasaan ku x pernah berkurangan terhadapmu..aku x anggap ini sia2 kerana ini adalah satu perasaan yang perlu kuhargai..ia bukanlah satu jenayah ataupun ia bukan satu perasaan yang melanggar hukum syarak..aku bukan memaksa, aku bukan mendesak malah aku x pernah cuba melukainya..setiap pagi, aku rasa kiut jer bila terkenangkanmu..sambil ku tersenyum2 bersimpul2..alahaiiii..biarpun tiada SMS darimu, aku tetap tidak rasa kecewa kerana aku benar2 sayangkanmu..ingin ku pegang tanganmu, bergurau dgnmu, bercerita panjang dgnmu, bergelak tawa dan bermesra dgnmu..namun, aku x pernah rasa kecewa walaupun semua itu angan2ku semata2..kerna perasaan itulah aku tetap teguh berdiri disini menanti yang.....Allah yang menentukan segalanya..kdgkala ku pujuk hatiku.."Tucker, dah dah la tu, dia kn org punya..ko dkt2knlh diri dgn org lain"..last2, aku menjawabnya.."xpe la, aku rasa kiut pulak berperasaan begini.."ish ish ish..ANYWAY, RASA CINTAKU X PERNAH BERUBAH WALAU SEDIKITPUN..I WILL WAITING 4 U UNTIL IT'S IMPOSSIBLE....bila u da kawen nanti, pandai2 la i kay..huahuahua..slm..
Aku Tunggu..
Ya..apa yang 'ya"??ya, aku merasakan yang aku bnr2 serius..hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..tapi aku x pnh terhenti menyebut namamu, menatap gambarmu dan merinduimu..tiada yang lalu di depanku mahupun dari belakangku yang mengalih perhatianku terhadap mu..pernahku mengeluh.."aihh, xpe la..mainan perasaan je tu..lama2 nanti, hilang la dia"...haha..ternyata aku tersilap..hari demi hari berlalu, aku berbekalkan perasaan yang sama sepanjang hari..aku x pernah jemu atau perasaan ku x pernah berkurangan terhadapmu..aku x anggap ini sia2 kerana ini adalah satu perasaan yang perlu kuhargai..ia bukanlah satu jenayah ataupun ia bukan satu perasaan yang melanggar hukum syarak..aku bukan memaksa, aku bukan mendesak malah aku x pernah cuba melukainya..setiap pagi, aku rasa kiut jer bila terkenangkanmu..sambil ku tersenyum2 bersimpul2..alahaiiii..biarpun tiada SMS darimu, aku tetap tidak rasa kecewa kerana aku benar2 sayangkanmu..ingin ku pegang tanganmu, bergurau dgnmu, bercerita panjang dgnmu, bergelak tawa dan bermesra dgnmu..namun, aku x pernah rasa kecewa walaupun semua itu angan2ku semata2..kerna perasaan itulah aku tetap teguh berdiri disini menanti yang.....Allah yang menentukan segalanya..kdgkala ku pujuk hatiku.."Tucker, dah dah la tu, dia kn org punya..ko dkt2knlh diri dgn org lain"..last2, aku menjawabnya.."xpe la, aku rasa kiut pulak berperasaan begini.."ish ish ish..ANYWAY, RASA CINTAKU X PERNAH BERUBAH WALAU SEDIKITPUN..I WILL WAITING 4 U UNTIL IT'S IMPOSSIBLE....bila u da kawen nanti, pandai2 la i kay..huahuahua..slm..
Sunday, 24 April 2011
Jangan Keliru..
Seringkali berlaku, bila kita x rasa sepenuh hati terhadap sesuatu benda yang dilakukan..kesungguhan yang kita tampilkan hanya dilihat secara zahirnya sahaja, tetapi kenyataannya, hati kita memberontak, x selesa dan rasa x serasi dgn apa yang kita buat itu..Tucker berminat dgn kata2 Anuar Zain mlm td semasa diberi peluang berucap dalam Mentor..beliau kata "jika kita ingin jadi eksklusif, kita kena buat sesuatu yang betul2 kita minat, dan serasi dgn kita..kalau x, tinggalkan sj apa yang kita tgh buat itu"..amat terganggu emosi bila:
- buat sesuatu sambil "makan hati"..
- buat kerna terpaksa padahal kita langsung x minat..
- x rindukan benda yg kita kena buat..
- utk mengadapnya, dilewat2kn..bila time balik, diawal2kan..
- jiwa x serasi dgn benda tu..
- x rasa bersemangat..
Benar Aku Cinta Dia..
Rasa macam tu bila:
- sepanjang masa teringat kt sidia..
- ingin sgt2 tahu perkembangan terkini sidia..
- sidia bukan milikku, tp sidia tetap dihatiku..
- selalu berdoa utk ksejahteraannya..
- kalau boleh, xnk sidia bersedih, walaupun aku bersedih..
Saturday, 23 April 2011
Ku Ingin Bersamamu.
Perlukah membiarkan yg tersayang membawa hidupnya seperti yang diinginkan sedangkan kita terasa akan kehilangannya..perlukah kita melepaskan yg tersayang mengabaikan segala janji2 manisnya suatu ketika dulu..jawapan penulis YA..sebab musababnya:
- jika terus bersama tanpa rasa syg darinya, belum tentu BAHAGIA..
- kerna ikatan dgn sidia tidak lebih dari sepasang kekasih & bknnya suami isteri..
- dia memiliki hak sepenuhnya terhadap siapa yg dia inginkan dlm hdpnya..
- kerna janji itu adlh janjinya, biar Allah yg tentukan kemungkiran janjinya itu..
- cinta itu x lahir dr keikhlasan hati, bukan paksaan atau bkn dgn pngaruh mana2 pihak..
- selagi anda dipihak yg benar, jgn risau,anda akn sentiasa dilindungi..
- manusia dijadikan berpasang-pasangan, mungkin dia bkn untukmu..
Pencinta Senyap..
Ada orang menamakannya sebagai " Dalam Diam Ku Mencintaimu"..haha..sama la tu..Biar apapun tafsirannya, ia tetap merujuk kepada perasaan terhadap seseorang yang tidak diluahkan terhadap insan yang dicintai itu..Bukan mustahil jika beberapa org menaruh perasaan cinta terhadap 1 individu dalam satu masa..tak perlu risau..anda tidak bersalah..INGAT, limitasinya tidak boleh dilepasi..hentikannya bila SIDIA SUDAH MENDIRIKAN RUMAHTANGGA..ini kerana, jika perasaan itu diteruskan lagi, anda telah MELAKUKAN KESILAPAN BESAR..sewajarnya pasangan suami isteri itu perlulah kita doakan kebahagiaannya..jika diteruskan lagi perasaan cinta terhadap sidia, ini seolah2 anda inginkan dia lg dan tidak meredhai mereka bersama..ASTAGHFIRULLAHALADZHIM..jangan buat mcm tu..kalau mereka tgh bercinta xpe..tapi, pliz behenti bila mereka dah bersama secara sah..hehe..slamat beramal..slm
Friday, 22 April 2011
Mencintai Yang Sedang Bercinta..
Alam percintaan tidak hanya berkaitan dengan hubungan 2 insan yang bercinta..ia adalah hubungan perasaan yang sesiapapun boleh memilikinya secara tidak langsung..Mengaku atau tidak, kadang2 kita mencintai org yg hatinya dimiliki oleh org lain??mungkin 2, 3 atau lebih dari itu..dengan senyap kita mengIdolakan sidia..hehe..tercuit hatiku seketika..wlubgaimnpun, hormati hubungan mereka dan jgn menjadi pemusnah hbgn org lain..tidak salah berperasaan sedemikian dan tidak pelik sekiranya kita berasa sedemikian..letakkan org yg dicintai itu dlm keadaan selesa agar dia bahagia..jgn cemburu, iri hati dan dengki dgn hbgn mereka..ITU LEBIH MENUNJUKKAN YANG ANDA BENAR2 MENGHARGAI SI DIA..lembutkan hati dengan:
- Senyum bila sedar yang mereka bhagia..
- Beri ruang untuknya rasa bebas seperti burung..
- menghargai setiap kebaikannya..
- Luahkan perasaan padanya tanpa unsur2 memaksa..
- Alert terhadap perasaannya dari masa ke semasa..
- Jangan lukai perasaannya seolah2 sidia dimiliki..
Lembut Hati, Bukannya Tiada Maruah..
Mengalah x semestinya kalah, malah mengalah membawa kepada kemenangan..ada sesetengah beranggapan, mengalah itu KALAH dan JATUHNYA MARUAH, tetapi mereka "mungkin" silap..hati yang lembut menghalang kepada tindakan yang agresif yang boleh menyebabkan kemudharatan..apa salahnya mengalah dan bertolak ansur sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku..sebaliknya,bertolak ansur itu adalah lebih baik..kebaikan mengalah:
- tidak tercetus pertelingkahan yang panjang
- mendidik jiwa agar tidak Ego melampau
- tidak berlaku pergaduhan yang mungkin melibatkan lebih ramai pihak
- mempunyai masa untuk berfikir, sebelum tindakan yang x sepatutnya diambil ketika emosi tidak stabil
Thursday, 21 April 2011
Bahagianya Rasa Bila:
Bahagianya Rasa Bila:
- ku dapat SMS darimu..=)
- HP ku ringging dan terpampang namamu.. =)
- buka FB, tengok "notifications", banyak darimu.. =)
- buka Inbox FB, ada mesej darimu biarpun 2 3 ayat..=)
- Ku baca balik SMS yang kau hantar, biarpun ayatnya biasa2 je..=)
- ku belek2 photo mu yg hampir kesemuanya ku copy dlm laptopku..=)
- ku kenang balik saat2 ku pernah dekat dgnmu, biarpun kabur2 belaka..=)
- Ku imejin, kau dan aku hidup bersama..alahaiiii..=)
- kau ucap " I love You", biarpun ia cuma gurauan..=)
- PALING BEZ, Bila kau kata kau termimpikan aku..haha..kiut..=)
Awak,saya tunggu....
Dia, cinta itu lahir dari hati..x perlu disangkal keikhlasan dan kejujurannya..sb hanya hati sj yang tau segalanya..hati x menipu..Ok la, straight to the point..aku seringkali mengingatinya walaupun ku tahu peluang untuk bersamanya terlalu tipis..aku x kisah semua itu sb aku sedar, Manusia Hanya Mampu Merancang, Tuhan Yang Menentukan..aku x berani untuk mengatakan "ia xkn berlaku" ataupun "ia akan berlaku"..sb aku sedar itu bukan tugasku untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang..cukuplah sekadar ku tidak melatah atas apa yang aku alami selama ni..aku benar2 tertarik padanya..entah mcm mana boleh jadi mcm ni..dia jarang melayanku, jarang menghubungiku, bersembang pun hanya sekadar kawan.....dan yang paling pasti, dia mungkin dah ada yang punya..cuma aku je yang dah meluahkan segalanya..hehe..x ksahla..aku cuma luahkan, aku x pernah paksa dia pun..bagiku, cukuplah sekadar aku da luahkan segalanya..meluahkan x semestinya memaksa..mungkin orang boleh katakan bahawa harapanku amat tipis, namun aku tetap pegang pada pegangan ku, selagi Ia X Mustahil..itu sahaja cara aku mendidik jiwaku..mendidik hatiku..fenomena ini terlalu biasa berlaku.."awk, sy akn terus berperasaan begini selagi saya mampu..bila ia sudah mustahil bagi saya (bila awk dah kawen), simpanlah segala luahan yang sudah pasti saya xkn luahkan lagi.."
Wednesday, 20 April 2011
Layan Hati
Di pagi yang indah ini, aku mengimbas kembali detik2 indah bersamamu..ku kenang kembali memori silam yang terlalu mudah mengusik jiwa yg kekosongan ini..terbayang kembali gelak tawa dan sendu sedan yang sering menghiasi saat2 kala kau berada di sisiku..bernar kata2 yang mengatakan bahawa "waktu itu terasa sigkat" ketika mengecapi kebahagiaan dan terlalu lama utk situasi yang sebaliknya..terlalu mudah untuk menabur janji, tapi sukar untuk menunaikannya..tapi kini, ku sendiri melayan perasaan yang bercampur baur antara kesedihan, kebahagiaan dan kesepian kala segalanya terlintas di benakku..tidak terlintas lagi di hatiku untuk berkecimpung dalam arena percintaan buat masa terdekat ini..walaubagaimanapun, ku tidak mampu untuk mengelak untuk berjauhan dengan perasaan sepi tanpa teman untuk mengulangi detik2 yang bahagia suatu ketika dulu..ermmmmmm..mungkin ini yang terbaik bagiku, daripada aku terburu2 dan berpotensi untuk mengulangi sejarah silam yang menyedihkan..so, perlu untuk ku bersendiri buat masa ini untuk memberi ruang untukku membuat "bedah siasat" sebelum aku nekad untuk menerima sesiapa sebagai teman hidupku..MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI..
Kenangan Lalu Mengusik Jiwa..
Hargai Segala Yang Berlaku vs Lupakan Segala Yang Berlaku..Tidak dapat dinafikan, sudah menjadi resam manusia menggunakan ayat2 seperti yang dinyatakan..masa bersama, segalanya dirasai amat mengasyikkan dan menghiburkan..bagaikan tida penghujung takkala mengimpikan akan bahagia hidup bersama..segalanya dilalui dengan penuh rasa yakin dan janji demi janji ditaburkan bagaikan pasir di pesisiran pantai..dimana janji itu hanyut bila ombak pengkhianatan menghempas ke pantai..bila ia berakhir, ada dua watak yang akan dipentaskan..watak "yang melepaskan (x)" dan watak "yang dilepaskan(y)"..adalah lumrah percintaan, x berada dalam keadaan yg lebih selesa daripada y..y akan merasa dikhianati dan si x akn sentiasa memujuk si y dgn mengatakan itu adalah takdir..penulis tidak menyalahkan kedua2 watak kerana keduanya adalah benar..rasa dikhianati tetap wujud begitu juga dengan Ketentuan yg memang wujud..namun, tanpa kita sedari, kita telah melakukan kesilapan dalam melalui alam percintaan menyebabkan ia gagal..kita telah melanggar beberapa syarat yang telah ditetapkan..maka dengan itu, dapatlah kita mendidik jiwa kita untuk menerima apa yang berlaku..anggaplah semua itu sebagai hukuman yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan..terima segalanya dengan hati yang terbuka tanpa mementingkan diri sendiri..tiada hak si x utk memaksa si y utk tidak mempengaruhi kehidupannya, dan tiada hak si y utk memaksa si x utk menerimanya kembali..masing2 perlu menerima kesukaran yg wujud diantara mereka..kenapa perlu si x menuntut hak utk tidak diganggu sedangkan si y tak mampu utk memaksa si x untuk terimanya kembali..kenapa perlu menuntut sesuatau yang akan memihak kepada sebelah pihak sahaja..namun yang demikian, ada yang memilih jalan utk bertolak ansur dan banyak lagi jalan alternatif yang boleh dilalui tanpa melibatkan jalan cerita yang panjang.."x" dan "y" telah melalui segalanya bersama2, dan sama2lah menerima bahana perpisahan..jgn pentingkan diri sendiri..itulah hukuman yg perlu diterima dengan penuh rasa kesal dan insaf..jangan menunding jari kepada sebelah pihak..kerana, itulah jalan yang anda pilih sejak daripada anda menjalinkan hubungan lagi..yang paling penting JANGAN BERMUSUHAN ATAU MEMUTUSKAN SILATURAHIM SESAMA SAUDARA anda..itu amat teruk utk dilakukan oleh org2 yg beriman..terima segalanya dengan redha, dan jangan memilih jalan singkat dan melampaui batas agama dengan melakukan perbuatan2 yang syirik demi memuaskan hati..itu bukan jalan yang singkat, malah ia adalah jalan yang paling panjang yang anda pilih..SELAMAT BERAMAL..
Aku Rasa,,,
Aku rasa aku betul2 suka kt dia bila:
- Tetap rasa hangat walaupun dia dingin denganku..
- Tetap merinduinya walaupun ku hampir pasti aku x dirindui..
- Tetap ingatinya walaupun dia x sebut biar sekali pun namaku spjg hari..
- Tetap melayani karenahnya walaupun dilihat sbgai tidak wajar oleh org lain..
- Tetap senyum dikala layanan darinya baik mahupun tidak baik..
- Tetap menerima kekurangan yg aku sedari dan dia akui..
- Tetap ingin dia bahagia walaupun dia milikku ataupun dia memilih org lain..
- Tetap berDoaUsahaIkhtiarTawakal a.k.a DUIT tanpa harapkan balasan..
- Tetap mencintainya walaupun sekadar dalam diam..
- Paling bez,,melihat wajahnya dalam apa jua keadaan..=)
Tuesday, 19 April 2011
Kekeliruan
Rasa sayang datang dgn sendirinya..tanpa dijemput dan tanpa dipaksa..Tanpa dia mahupun dgn adanya dia..dan perasaan sayang itu adalah anugerah Yang Maha Esa..bila kita rasakan nikmat itu ditarik balik, jgn merungut kerana ada hikmah dsebaliknya..sebab Dia yg berikan, dan Dia yg tarik balik..bila diyakini hatimu terpaut pada seseorang, hargai perasaan itu, walupun dia belum atau tidak kau miliki..dia tetap dihati dalam apa jua keadaan skalipun..
Monday, 18 April 2011
Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa
Manusia seringkali lemah dan lalai dalam melalui kehidupan yang penuh dengan dugaan..tanpa panduan dan pedoman, manusia diibaratkan "timing bomb" yg boleh meletup bila2 masa sahaja..Bak kata pujangga, "Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa.."..semuanya ingin yang termudah dan tersingkat kononnya tidak membazir masa..namun, itulah hakikatnya..jika diturut segala gerak hati, nescaya kita x sempat mengecapi hari hingga ke hari ini..Terlalu mengikut perasaan juga akan membinasakan kerna perasaan itu umpama mesin yang perlu 'maintainance' dan 'handling' yang sewajarnya..didik perasaan dan hati agar ia tidak membinasakan diri..lembutkan hati agar tidak menimbulkan fenomena yang x diingini dan bisa membawa ke MATI..semakin keras hati, semakin kecik penghayatan terhadap persekitaran dan semakin kecik rasa menghargai apa yang ada..lembutkan hati agar kita sentiasa sedar akan kewujudan dan perhubungan setiap makhluk ciptan Allah SWT..perlu ditanam dalam jiwa setiap kita )sambil sy mengingatkan diri sendiri), tidak ada satupun kejadian yang dikehendakiNya adalah sia2..semuanya mengandungi hikmah yang tidak kita ketahui..jadi, mengapa kita perlu melatah dan mengganas sedangkan apa yang berlaku adalah kehendakNya??ibarat kita tidak PUAS HATI dengan apa yang dijadikanNya..seteruk manapun yang kita alami, itu adalah ujian yang Allah berikan..janganlah kita sewenang2nya memaki hamun x tentu pasal, sebaliknya, cepat2 sedarkan diri bahawa apa yang berlaku itu adalah "KEHENDAKNYA"..mungkin sukar utk melahirkan perasaan yg sedemikian..tp InsyaAllah, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita akn mampu memperbaiki diri kita..jangan mudah menggagalkan diri untuk mengawal emosi.."Biar kita gagal zahiriah, tetapi JANGAN Gagal mengawal Hati dan Perasaan"..
Hati Tak Pernah Menipu.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera..Tidak dapat dinafikan, ramai yang masih lagi menafikan apa yang dibisikkan oleh hatinya..setiap yg dilakukan oleh orang lain hanya dilihat daripada zahiriahnya sahaja, tanpa cuba untuk menyelami akan apa yang tersirat di dalam hati pelakunya..malah, kita sendiri kadang2 keliru dengan apa yang kita tampilkan, kerana kita hanya mampu mengikut arus dan tidak berani melawan arus..maka, akan lahir satu perasaan iaitu hipokrit yang akan menafikan kebenaran dan keikhlasan hati..HATI TAK PERNAH MENIPU..apa pun yang kita lakukan, keihlasan n kejujurannya hanya terletak pada hati..apa yang kita persembahkan hanyalah nampak pada luaran sahaja demi meletakkan diri kita selesa pada persekitaran yang kita diami..luahan yang akan saya paparkan dalam Blog ini hanyalah cetusan dan bisikan hati yang dahulu, kini dan selamanya terpendam..mungkin ada di antara kita yang melalui pengalaman yang sama, ataupun perasaan yang sama dalam situasi yang berbeza..apa yang perlu kita usahakan, adalah untuk memperbaiki dan jangan mudah menilai apa yang terpampang di depan mata..sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui..Wabillahitaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan salam mesra..
Subscribe to:
Posts (Atom)