Bisikan Hati Kita

Bisikan Hati Kita
Mencintai & Menyayangi Tak Semestinya Memiliki..

Monday 18 April 2011

Hati Tak Pernah Menipu.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera..Tidak dapat dinafikan, ramai yang masih lagi menafikan apa yang dibisikkan oleh hatinya..setiap yg dilakukan oleh orang lain hanya dilihat daripada zahiriahnya sahaja, tanpa cuba untuk menyelami akan apa yang tersirat di dalam hati pelakunya..malah, kita sendiri kadang2 keliru dengan apa yang kita tampilkan, kerana kita hanya mampu mengikut arus dan tidak berani melawan arus..maka, akan lahir satu perasaan iaitu hipokrit yang akan menafikan kebenaran dan keikhlasan hati..HATI TAK PERNAH MENIPU..apa pun yang kita lakukan, keihlasan n kejujurannya hanya terletak pada hati..apa yang kita persembahkan hanyalah nampak pada luaran sahaja demi meletakkan diri kita selesa pada persekitaran yang kita diami..luahan yang akan saya paparkan dalam Blog ini hanyalah cetusan dan bisikan hati yang dahulu, kini dan selamanya terpendam..mungkin ada di antara kita yang melalui pengalaman yang sama, ataupun perasaan yang sama dalam situasi yang berbeza..apa yang perlu kita usahakan, adalah untuk memperbaiki dan jangan mudah menilai apa yang terpampang di depan mata..sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui..Wabillahitaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan salam mesra..

No comments:

Post a Comment